Bicara tips kewangan harian

Archive for the ‘Why invest’ Category

Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.

Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan?  Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.

Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:

A savings without a mission is a rubbish

Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.

Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10-%-15% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 8%, anda masih mempunyai keuntungan.

Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan terkini 3.75%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.

Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…

ASB memberi pulangan purata 8% setahun

KWSP memberi pulangan 5.8% tahun 2007

Tabung Haji memberi pulangan 7% tahun 2007

Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?

Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.

Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PCIF, PIttikal, PIOGF, PAIF, PIOF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual juga akan melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan melalui KWSP tidak lama lagi. Jadi, jangan tunggu lagi. Semak penyata anda sekarang, dan hubungi saya 013-3413040


Advertisements

Assalamualaikum,

Telah lama hendak saya ingin kongsikan pelan pendidikan anak-anak saya yang saya bangunkan menggunakan sebuah perisian ‘ financial advisor’. Disini saya kongsikan pelan pendidikan anak pertama saya sahaja secara ringkas.

Anak pertama: Muhammad Mus’ab

Tarikh lahir: 4 Jun 2004

Tahun ke universiti:14 tahun lagi

Program: Finance, Australia (3+1)

Jumlah pengajian dan kos sara hidup: RM 233,427 ( assumption: Kadar inflasi tempatan 2.5% dan antarabangsa 3%)

Simpanan sedia ada:

a) EPF akaun 1nilai dalam masa 14 tahun:RM16.5K

b) Unit Amanah (Ittikal): RM35.3K ( lump sum RM5K pada tahun 2006) (assumption: kadar pulangan tahunan :13%)

Baki dana pendidikan yang diperlukan =RM181.5K ( RM233.4K – RM16.5 K-RM35.3K)

Untuk mencapai jumlah RM181.5K, saya memerlukan RM615 disimpan secara bulanan. Dana yang ingin dipilih akan berdasarkan profail risiko pelabur.

Huh, tak percaya? Emailkan alamat email anda dan saya akan kongsikan pelan pendidikan lengkap kedua-dua permata hati saya ini dengan anda yang terpilih. Laporan lengkap ini mengandungi 7 muka surat.

Sample muka surat pertama

Nota: Dana pendidikan anak akan berubah mengikut jenis pengajian seperti negara, program dan faktor lain iaitu kadar inflasi dan purata pulangan tahunan unit amanah.

Selain pelan pendidikan, saya juga menyediakan khidmat pelan persaraan, pelan pembelian rumah, dan pelan mencapai impian kewangan anda yang lain. Hubungi saya 013-3413040.

Wassalam

Para pelabur,

Saya ada berita baik untuk anda! Public Mutual baru sahaja mengumumkan kadar dividen (distribution) untuk 8 dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2008. Baca berita terperincinya disini.

2 daripadanya adalah dana shariah di mana saya juga merupakan salah seorang pelaburnya. Pelaburan saya memperolehi kadar dividen seperti berikut:

Public Ittikal- 15.00 sen/unit

Public Islamic Equity-6.50 sen/unit

Saya akan kongsikan jumlah pulangan pelaburan saya akan datang. Alahai, mesti la hati berbunga. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang membuatkan sesetengah orang menjadi sesak dan risau. Kenaikan harga barang memang sudah dijangka dengan kenaikan harga petrol sebanyak 40%  yang baru diumumkan semalam.  Tak lama lagi, tarif elektrik baru pula akan diumumkan. Saya bukanlah pakar ekonomi, tapi sangat minat bidang tersebut, saya sangat yakin kadar inflasi akan meningkat dari kadar puratanya 3% sekarang. Inflasi akan menyebabkan kuasa membeli kita menurun. Jadi, apakah tindakan anda sebagai pengguna? Berbelanjalah dengan bijak dan melaburlah dengan bijak demi masa hapadan kita.

Apa khabar? Sudah lama saya tak kemaskini BijakRinggit ini dek kerana kesibukan kerja pejabat dan kerja dapur . Sudahkah anda memulakan pelaburan anda? Tahniah jika anda sudah melabur! Yang belum melabur, bila lagi nak mula? Segera ubati penyakit suka bertangguh. Dari segala aspek bertangguh membawa masalah kepada kita. Secara mudahnya, solat pon kita tidak boleh bertangguh bukan?

Saya sedang membaca buku “How to make money in stocks“. Angan-angan kalau ada modal lebih nak main saham pulak suatu hari nanti :D. Apapon biar saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini, chapter 18 yang bertajuk “How you could make a million dollars owning mutual funds!

5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh para pelabur unit amanah:

1. Gagal untuk membiarkan pelaburan (sit tight) untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Tahukah anda kehilangan menikmati “the magic of compounding interest” jika melabur dalam jangka yang pendek.

2. Terlalu risau dengan servis caj pengurusan dana, turnover rate atau kadar dividen.

3. Terjejas dengan berita hangat di pasaran padahal anda melabur untuk jangkamasa panjang.Relaks dan berikan masa untuk keadaan pasaran pulih semula.

4. Menjual balik unit pelaburan ketika keadaan pasaran teruk.

5. Menjadi tidak sabar dan hilang keyakinan terlalu awal.

Fikirkan!

Failaka Advisor, sebuah badan terkemuka dalam penyelidikan Dana Islam mengumumkan pemenang Dana Unit Amanah sempena 3rd Annual Islamic Fund Awards yang diadakan di Dubai, 24 Mac 2008.

Saya sangat terharu dan gembira kerana syarikat dana yang saya laburkan memenangi anugerah tersebut iaitu Public Mutual bagi kategori ‘Best Islamic Funf Manager in Asia’.

PM memenangi anugerah tersebut bagi kategori Malaysia ASIA. Hebat bukan? Dengan ini saya mengharapkan dan menjangkakan pelaburan saya dan pelabur dibawah saya sendiri akan berpeluang mendapat pulangan yang tidak mengecewakan.

Setelah PM memenangi beberapa Anugerah sebelum ini, kini adakah anda masih tercari-cari Syarikat Dana yang mana hendak dilaburkan? Bagi saya mudah saja, sudah tentu PUBLIC MUTUAL. Saya kini semakin berkeyakinan bukan sahaja sebagai pelabur tetapi jugak sebagai salah seorang Perunding Unit Amanah untuk membantu anda semua!

Bertindak sekarang! Mulakan pelaburan anda! Hubungi saya, 013-3413040.

Bacaan lain:

http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=prs_rls_16052008_1340

http://www.failaka.com/customer/2007Winners.jsp

Tags:

Hari ini saya kumpulkan 3 soalan lazim yang biasa diutarakan oleh bakal pelabur. Harap ia jua memberi manfaat kepada anda!

Apakah syarat kelayakan saya untuk melabur?

Pelabur perlu memenuhi syarat dibawah iaitu:

1) Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

2) Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

3) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana cara untuk memohon?

Anda boleh menghubungi perunding Unit Amanah Public Mutual dengan menyediakan dokumen di bawah:

1) Salinan kad pengenalan ( beserta dengan cop ibu jari kanan dan kiri di atas salinan tersebut)

2) Borang lengkap KWSP 9N (ahli)

3) Borang pelaburan KWSP Public Mutual

Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih  tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan?  Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

Artikel berkaitan: Panduan pengeluaran dan contoh pengiraan

Start investing early to gain the benefits of compounding interest. Here, I show to you the comparison between two different womans that I named it as Fara and Aiza ( hanya nama samaran :p) .

Fara

Start her first investment at the age of 21 years old thru regular annual contribution of RM1,000 until she reach 30 years old. She didn’t make any withdrawal nor additional investment by age of 30. So, the total investments is RM10,000. Given the average rate of return of 10%, she gained RM117, 941 at the age of 50. See below’s table:

Aiza

Start her investment 10 years late than Fara that is at the age of 31 years old. She made same annual  contribution of RM1,000 until she reach 50 years old. With the total investments is RM20,000. Given the average rate of return of 10%, she gained RM63,002 by the age of 50. See below’s table:

Eventhogh Fara’s total deposits is smaller than Aiza by variance of RM10,000, there’s a huge different in total return of investment by age of 50 years old. See, it’s RM54,938! Thanks to the power of compounding interest who have benefited Fara for investing early! Warren Buffet start his first investing in stock at the age of 11 years old. No wonder he can beat Bill Gates to be the richest man in the world.

Use this calculator to verify the above comparisons. The calculator provides the opportunity to compare three separate scenarios depicting investments made at different age. It shows that the early investment continues to give more return that the late investment.

So, don’t procrastinate! It does cost you forever! Making your money working and growing is all about TAKING ACTION.