Bicara tips kewangan harian

Archive for the ‘Kad Kredit’ Category

Assalamualaikum,

Hujung minggu ini tidak berjalan begitu lancar buat saya kerana pelan asalnya hendak membuat pelbagai aktiviti terbantut disebabkan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.

Rakan- rakan, secara kebetulan semasa saya menulis artikel berkenaan Kad Kredit minggu lepas, sebuah artikel yang ditulis oleh Tan Su Yin dari majalah Personal Money keluaran bulan Jun 08 juga berkongsi maklumat penting untuk semua pemegang Kad Kredit di Malaysia.  Saya mendapat artikel tersebut agak lewat kerana saya bukanlah subscriber majalah tersebut. Saya memperolehinya hari Khamis yang lepas melalui kiriman email seorang kawan.

Antara bahagian yang penting untuk kita semua ketahui adalah seperti berikut:

” Last Year Bank Negara Malaysia announced a tiered pricing structure (TPS), which will be implemented this July 1, under which those who settle their minimum payments promptly will be charged a reduced interest of 15% to 17% per annum, instead of the usual 18%.

Under current arrangements, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, after July, only those who make full payments before the due date will be entitled to interest-free days. Those who make only partial or minimum payments will be charged interest on the day new purchases are posted to the card’s accounts. In addition the late payment charge is now a minimum of RM10 or 1% on total outstanding balances; previously it was 1% of the minimum payment amount.

Though the TPC allows cardholders to enjoy lower interest rates, they now have to pay interest on each and every new purchase as soon as it is posted into their accounts.”

Source; Personal Money June 2008, by Tan Su-Yin

Apakah pendapat anda mengenai artikel tersebut?

Kesimpulan dari artikel tersebut mulai Julai 2008:

1) Anda tidak dikenakan interest hanya jika dapat membayar penuh dalam masa 20 hari. Awas! Anda dikenakan interest dengan pembelian baru jika anda hanya membayar separuh / minimum bil bulan sebelumnya  walaupun Interest lebih rendah dari 18% ke 15-17% setahun.

2) Caj lewat bayar ialah RM10 atau 1% daripada hutang baki.

Oleh itu, jika ianya akan bernar-benar dijalankan, saya berpendapat bahawa jika anda ingin terus menggunakan Kad Kredit, tabiat dibawah perlu dilakukan dengan penuh disiplin setiap bulan:

1) Hanya beli barang yang sangat-sangat diperlukan sahaja menggunakan Kad Kredit. Sebaiknya gunakan wang tunai dalam setiap pembelian. Jika tujuan utama anda adalah untuk mengumpulkan points, kini terdapat juga Kad Debit yang menawarkan pengumpulan points and penembusan ganjaran buat anda.

2) Bayar hutang Kad Kredit sepenuhnya sebelum tarikh akhir. Dan untuk memastikan anda dapat membayar penuh, pastikan anda mempunyai keyakinan tinggi bahawa anda ada wang yang cukup untuk membayar hutang Kad Kredit dihujung bulan. Ya, fikirkan sebelum membuat keputusan menggunakan Kad Kredit.

Bagi saya yang masih mempunyai satu Kad Kredit, saya akan pastikan saya terus konsisten dengan displin saya membayar hutang Kad Kredit saya sepenuhnya setiap bulan. Oh ya, jika 2 laptop sahaja yang melekat pada bil hutang Kad Kredit saya sebelum ini, jumaat lepas saya tambah lagi satu komitmen iaitu bayaran derma bulanan ke MAKNA. Saya menghadapi tekanan kerja yang amat maksima minggu lepas dan dengan geramnya saya pergi ke kaunter MAKNA dan terus sign up untuk derma bulanan dengan harapan Allah akan terus memberi kekuatan saya menghadapi pelbagai dugaan dengan bantuan yang tak seberapa ini.

Sebenarnya derma bulanan MAKNA boleh dibuat dengan Kad Kredit atau Akaun Simpanan. Saya memilih Kad Kredit kerana Akaun simpanan akan dikenakan caj RM1/bulan maknanya RM12/tahun. Adakah ini the wise decision? Em..saya pon tak pasti!!

Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripada CNN, bertajuk Life Without Plastic. Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi.

Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebelum ini, saya mempunyai 2 KK iaitu dari Maybank dan Citibank. Sejak membaca tentang banyak buku-buku Personal Finance terutamanya buku Total Money Makeover, saya membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Kad Kredit. Untuk KK Citibank, saya buang terus pada bulan Mac 08. Tetapi Maybank masih berada di dalam dompet kerana komitmen membayar 2 laptop secara bulanan yang dibuat sebelum berjumpa buku TMM 😉 Kalau ada duit pon tidak dibenarkan bayar habis. Tak pelik kan, sebab mesti bank dah buat keuntungan di situ walaupun katanya’ zero interest’.

Pengalaman menggunakan Kad Kredit tidak perit mana. Saya tak pernah kene interest bulanan tapi pernah kene 2 caj iaitu: Caj bayar lewat RM5 ( dua kali bermakna RM10) dan Caj kehilangan Kad Kredit RM50. Dulu saya nampak Kad Kredit sangat perlu, jadi apabila Kad tiada, saya sanggup dapatkan semula kad baru. Itupun memang kecuaian sebab kad sebenarnya tak hilang ada terselit kat celah-celah bahagian dalam kereta.Berapakah kerugian saya disitu? RM60!

Sejak tidak menggunakan Kad Kredit memang saya amat merasakan yang saya menjadi lebih Frugal ( berjimat cermat)! Awas, Frugal bukan bermaksud kita perlu menjadi ‘murah’. Suka sangat saya dengan The Art Frugal Living yang ditulis oleh J.D ini. Dengan membayar menggunakan wang tunai, saya merasakan perbelanjaan lebih terancang dan ini membolehkan saya membuat lebih pelaburan.  Ingatkan dulu susah sangat berbelanja tanpa Kad Kredit, tapi sebenarnya mudah saja.

Teringat saya pada bulan April lepas, seorang agen Kad Kredit dari sebuah bank approach saya untuk menjadi pelanggannya. Dia tidak berjaya berceramah kerana mulut saya tak berhenti menceritakan bahaya Kad Kredit, lebih-lebih lagi bila saya tunjukkan buku TMM yang kebetulan ada di sebelah. Saya kata baikla awak ni jadi agen Unit Amanah, dapat bantu orang buat pelaburan untuk masa depan, bukan menjual plastik tersebut yang kononnya medium kecemasan tetapi sebenarnya membantu orang membuat hutang dan menghancurkan masa depan. Kesian brother tu, sorry eh brother. Tapi dia kata dia kagum dengar celoteh saya, macam seorang Certified Financial Planner eheh :p . Anyway brother.. itu memang goal saya..to be CFP. Tapi you pon memang cool la.

Sesetengah daripada individu merasakan at least one Kad Kredit perlu .  Perlu macamana?  Tepuk  dada tanya selera! Di dalam artikel CNN tersebut, penulisnya Rosato juga berkongsi dengan kejayaan 10 keluarga yang berjaya hidup tanpa Kad Kredit. Mereka hebat. Saya juga tidak sabar untuk hidup tanpa plastik tersebut. hehe

Rosato membuat kesimpulan menarik:

So maybe living without plastic won’t make you thinner, more athletic and healthier. But there’s no doubt that giving up credit cards can go a long way toward helping you spend less and save more. Who doesn’t want that, especially today?

Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda hidup tanpa Kad Kredit? Jika sudah berjaya, kongsikan rahsia kejayaan tersebut!!

Lastly, a wise saying for you to ponder:

Strength and growth come only through continuous effort and struggle – Napoleon Hill