Bicara tips kewangan harian

Archive for the ‘EPF’ Category

Ringgit Cost Averaging @ Pemurataan Kos Ringgit

RCA adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar. Ia dilaksanakan melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh tetap ( samada bulanan atau suku tahunan) tanpa menghiraukan harga unit ketika itu.

Contohnya, pelabur boleh memilih untuk membuat pemotongan gaji terus / Standing Instruction sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaun dana unit amanah anda. Bagi para pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah kelayakan sebagai contoh RM5,000 atau RM10,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Walaupun ia adalah satu teknik pelaburan yang efektif dan berkesan kerana pelabur megumpul unit bagi pelaburan mereka. Oleh itu, pelabur dinasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Pada akhir hujung tahun, keputusannya begini:

Purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, ini bermakna pelabur membeli murah 1% dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Dan dari RM12,000 yg dilaburkan, kini pelaburan beliau bernilai RM13,692.10 bersamaan dgn keuntungan 12%.

Contoh pengamal RCA?

  • Pelabur yang melabur menggunakan wang tunai mengikut amaun yang tetap melalui potongan gaji contohnya RM200/bulan
  • Pelabur yang melabur Unit Amanah menggunakan wang EPF  mengikut amaun yang tetap sekali setiap 3 bulan

Teruskan pelaburan anda dengan amalam RCA!

Hari ini saya kumpulkan 3 soalan lazim yang biasa diutarakan oleh bakal pelabur. Harap ia jua memberi manfaat kepada anda!

Apakah syarat kelayakan saya untuk melabur?

Pelabur perlu memenuhi syarat dibawah iaitu:

1) Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

2) Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

3) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana cara untuk memohon?

Anda boleh menghubungi perunding Unit Amanah Public Mutual dengan menyediakan dokumen di bawah:

1) Salinan kad pengenalan ( beserta dengan cop ibu jari kanan dan kiri di atas salinan tersebut)

2) Borang lengkap KWSP 9N (ahli)

3) Borang pelaburan KWSP Public Mutual

Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih  tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan?  Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

Artikel berkaitan: Panduan pengeluaran dan contoh pengiraan

Assalamualaikum,

Public Mutual melancarkan Fund baru hari ini, iaitu PIOGF yang melabur di pasaran tempatan. Anda boleh melabur melalui EPF akaun 1. Sungguh mudah. Anda hanya perlu semak baki akaun 1 anda dan buat satu salinan kad pengenalan. Saya akan kirakan kelayakan pelaburan anda melalui panduan EPF ini. Anda tidak perlu menghantar borang ke PM atau Pejabat EPF untuk melabur. Semuanya akan diuruskan oleh Unit Trust Consultant anda! Hubungi saya sekarang 😉 . Jangan bertangguh kerana ia merugikan anda! ______________________________________________________________________________________________

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual will launch a domestic Islamic fund, Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) on 8 April 2008 (Tuesday). Investors who wish to achieve an optimal combination of capital appreciation and income growth over the long-term can invest in the PIOGF. PIOGF is open for EPF Members Investment Scheme.

Public Mutual’s Chairman Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow said PIOGF is an Islamic equity fund that seeks to provide income and capital growth by investing in Shariah-compliant stocks which offer attractive dividend yields and growth stocks in the domestic market. “PIOGF invests 50% of its equity investment in Shariah-compliant growth stocks in the domestic market while the remaining 50% of its equity investment is invested in Shariah-compliant stocks which offer attractive dividend yields,” he added.

Tan Sri Teh explains that PIOGF is a capital growth and income fund that is suitable for medium to long-term investors with aggressive risk-reward temperaments. The equity exposure of PIOGF will generally range from 75% to 95% of its net asset value (NAV). PIOGF distributes annual income to the investors on a best effort basis.

The Initial Offer Price of PIOGF is at RM0.2500 per unit during the 21-day initial offer period of 8 April 2008 to 28 April 2008. The minimum initial investment is RM1,000.

PIOGF is distributed by Public Mutual unit trust consultants. Interested investors can contact any Public Mutual unit trust consultant or call its Customer Service Hotline at 03-6207 5000 for more details of the fund.

Public Mutual is the largest private unit trust company in Malaysia, and it manages 61 funds for more than 1,650,000 accountholders. As at 31 December 2007, the total NAV of the funds managed by the company was RM28.4 billion.     

Source:Public Mutual

Mulai 1 Feb 2008, semua ahli KWSP boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas dalam akaun 1.

Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum adalah RM1,000.

Jumlah simpanan asas dan contoh pengiraan adalah seperti berikut:

simpanan-asasmall.jpg

contoh-kirasmall.jpg

Sudah bersedia untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust? Boleh hubungi saya di fara_aiza@yahoo.com.