Bicara tips kewangan harian

Archive for the ‘Bantuan’ Category

Assalamualaikum,

Hujung minggu ini tidak berjalan begitu lancar buat saya kerana pelan asalnya hendak membuat pelbagai aktiviti terbantut disebabkan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.

Rakan- rakan, secara kebetulan semasa saya menulis artikel berkenaan Kad Kredit minggu lepas, sebuah artikel yang ditulis oleh Tan Su Yin dari majalah Personal Money keluaran bulan Jun 08 juga berkongsi maklumat penting untuk semua pemegang Kad Kredit di Malaysia.  Saya mendapat artikel tersebut agak lewat kerana saya bukanlah subscriber majalah tersebut. Saya memperolehinya hari Khamis yang lepas melalui kiriman email seorang kawan.

Antara bahagian yang penting untuk kita semua ketahui adalah seperti berikut:

” Last Year Bank Negara Malaysia announced a tiered pricing structure (TPS), which will be implemented this July 1, under which those who settle their minimum payments promptly will be charged a reduced interest of 15% to 17% per annum, instead of the usual 18%.

Under current arrangements, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, after July, only those who make full payments before the due date will be entitled to interest-free days. Those who make only partial or minimum payments will be charged interest on the day new purchases are posted to the card’s accounts. In addition the late payment charge is now a minimum of RM10 or 1% on total outstanding balances; previously it was 1% of the minimum payment amount.

Though the TPC allows cardholders to enjoy lower interest rates, they now have to pay interest on each and every new purchase as soon as it is posted into their accounts.”

Source; Personal Money June 2008, by Tan Su-Yin

Apakah pendapat anda mengenai artikel tersebut?

Kesimpulan dari artikel tersebut mulai Julai 2008:

1) Anda tidak dikenakan interest hanya jika dapat membayar penuh dalam masa 20 hari. Awas! Anda dikenakan interest dengan pembelian baru jika anda hanya membayar separuh / minimum bil bulan sebelumnya  walaupun Interest lebih rendah dari 18% ke 15-17% setahun.

2) Caj lewat bayar ialah RM10 atau 1% daripada hutang baki.

Oleh itu, jika ianya akan bernar-benar dijalankan, saya berpendapat bahawa jika anda ingin terus menggunakan Kad Kredit, tabiat dibawah perlu dilakukan dengan penuh disiplin setiap bulan:

1) Hanya beli barang yang sangat-sangat diperlukan sahaja menggunakan Kad Kredit. Sebaiknya gunakan wang tunai dalam setiap pembelian. Jika tujuan utama anda adalah untuk mengumpulkan points, kini terdapat juga Kad Debit yang menawarkan pengumpulan points and penembusan ganjaran buat anda.

2) Bayar hutang Kad Kredit sepenuhnya sebelum tarikh akhir. Dan untuk memastikan anda dapat membayar penuh, pastikan anda mempunyai keyakinan tinggi bahawa anda ada wang yang cukup untuk membayar hutang Kad Kredit dihujung bulan. Ya, fikirkan sebelum membuat keputusan menggunakan Kad Kredit.

Bagi saya yang masih mempunyai satu Kad Kredit, saya akan pastikan saya terus konsisten dengan displin saya membayar hutang Kad Kredit saya sepenuhnya setiap bulan. Oh ya, jika 2 laptop sahaja yang melekat pada bil hutang Kad Kredit saya sebelum ini, jumaat lepas saya tambah lagi satu komitmen iaitu bayaran derma bulanan ke MAKNA. Saya menghadapi tekanan kerja yang amat maksima minggu lepas dan dengan geramnya saya pergi ke kaunter MAKNA dan terus sign up untuk derma bulanan dengan harapan Allah akan terus memberi kekuatan saya menghadapi pelbagai dugaan dengan bantuan yang tak seberapa ini.

Sebenarnya derma bulanan MAKNA boleh dibuat dengan Kad Kredit atau Akaun Simpanan. Saya memilih Kad Kredit kerana Akaun simpanan akan dikenakan caj RM1/bulan maknanya RM12/tahun. Adakah ini the wise decision? Em..saya pon tak pasti!!

Advertisements

Nurul Aysha Assalamualaikum,

Bersama kita membantu adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal (4 tahun) yang memerlukan bantuan anda yang prihatin.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan berharga RM40,000. Ini tidak termasuk kos sampingan seperti tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat pernafasan ketika bekalan elektrik terputus.


Semoga bantuan yang kita hulurkan dapat meringankan beban keluarga beliau. 


Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490

Syukran