Bicara tips kewangan harian

Beberapa jam sebelum pengumuman bajet 2009

Posted on: August 29, 2008

Kadar inflasi negara kita pada bulan Julai meningkat sehingga 8.5%,  lebih tinggi daripada jangkaan pada 7.8% dan kadar inflasi bulan Jun pada 7.7%. Sumber: Forbes

Kepada pengguna seperti kita, pastinya ia memberi kesan dari segi perbelanjaan isirumah dan ini mungkin memaksa sesetengah individu untuk mencari wang pendapatan tambahan dan juga mengurangkan perbelanjaan.

Berdasarkan TheEdge hari ini, kadar perkembangan ekonomi kita pada suku kedua tahun ini kurang memberangsangkan daripada 7.1% kepada 5.9%. Begitulah kesan yang kita rasai dek kerana kenaikan harga minyak dan barang dan kerana hilangnya keyakinan pelabur terhadap situasi politik negara kita.

Bayangkan jika kadar inflasi kita ialah 6% setiap tahun, harga sepinggan makanan kita yang berharga RM20 tahun ini akan menjadi RM64 dalam masa 20 tahun lagi! Apa persiapan anda?

~ Apa la cerita bajet 2009 petang ini yer!

~ Emm..sejak akhir-akhir ini suka betul saya membaca ZenHabits. Sedang mencuba tips2 bergunanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: