Bicara tips kewangan harian

Archive for August 2008

Assalamualaikum

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la orang kata …..

~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar

~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini

~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?

Alahai bukan banyak sangat nak simpan. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.

Hari ini saya terbaca artikel “ Five ways to put $50 into savings each month” . Kredit kepada MoneyInstructor. Memang mudah saja melihat cara yang dikongsikannya.

Jadi disini, saya juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:

1)Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbabding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita sumai isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu.

3) Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

< kalau nak cuba resipi baru boleh layari farracheesecakes>

Kadar inflasi negara kita pada bulan Julai meningkat sehingga 8.5%,  lebih tinggi daripada jangkaan pada 7.8% dan kadar inflasi bulan Jun pada 7.7%. Sumber: Forbes

Kepada pengguna seperti kita, pastinya ia memberi kesan dari segi perbelanjaan isirumah dan ini mungkin memaksa sesetengah individu untuk mencari wang pendapatan tambahan dan juga mengurangkan perbelanjaan.

Berdasarkan TheEdge hari ini, kadar perkembangan ekonomi kita pada suku kedua tahun ini kurang memberangsangkan daripada 7.1% kepada 5.9%. Begitulah kesan yang kita rasai dek kerana kenaikan harga minyak dan barang dan kerana hilangnya keyakinan pelabur terhadap situasi politik negara kita.

Bayangkan jika kadar inflasi kita ialah 6% setiap tahun, harga sepinggan makanan kita yang berharga RM20 tahun ini akan menjadi RM64 dalam masa 20 tahun lagi! Apa persiapan anda?

~ Apa la cerita bajet 2009 petang ini yer!

~ Emm..sejak akhir-akhir ini suka betul saya membaca ZenHabits. Sedang mencuba tips2 bergunanya.

Assalamualaikum,
I would like to share this opportunity to invite all of you for our preview in KL (we do this preview all over Malaysia):
Date : 25th August 2008 (Monday)
Time : 6.30 pm – 9.00 pm
Venue: 1st Floor, Selangor Club Ballroom (beside Dataran Merdeka)
Admin fee: RM10

Note: Refreshment and Surau is available here.

The preview will be given by one of top Group Agency Manager in PM who has over 20 years experience in Public Mutual. This preview will be able to help you increase your knowledge as an investor, potential investor or if you are thinking to join us as Unit Trust Consultant. See you there.

Please confirm thru sms / call your attendance if you would like to attend.
Best regards,
Farra

Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.

Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan?  Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.

Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:

A savings without a mission is a rubbish

Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.

Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10-%-15% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 8%, anda masih mempunyai keuntungan.

Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan terkini 3.75%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.

Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…

ASB memberi pulangan purata 8% setahun

KWSP memberi pulangan 5.8% tahun 2007

Tabung Haji memberi pulangan 7% tahun 2007

Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?

Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.

Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PCIF, PIttikal, PIOGF, PAIF, PIOF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual juga akan melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan melalui KWSP tidak lama lagi. Jadi, jangan tunggu lagi. Semak penyata anda sekarang, dan hubungi saya 013-3413040