Bicara tips kewangan harian

Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang?

Posted on: July 28, 2008

Assalamualaikum,

Ada orang berpendapat…
1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang
2) Some debt is good thing
3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup

Hutang sebenarnya bukanlah semuanya evil. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu.

Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang? Saya rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:

(1) Hutang Kad Kredit- Ini paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apapon ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Iye ker?

(2) Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak saya saya tak digalakkan, atau mengikut situasi anda!) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa!

(3) Hutang kereta- Buat simpanan. ( Saya sedang berusaha mengumpulnya). Saya mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan kereta sekarang ini masih boleh digunakan dan memikirkan kereta juga susutnilai dengan cepat, saya masih tangguhkan lagi. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif tentang kereta saya, tetapi sudah terlalu ramai menyarankan saya bertukar kereta baru! Tetapi saya gembira kerana duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru saya gunakan untuk simpanan dana pendidikan dan persaraan.

(4) Hutang perumahan – Saya rasa amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi.

(5) Hutang kahwin – Eh, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya ada tau. Boleh elak dengan jangan keluar dating selalu terutama ke restoran hebat-hebat macam Starbucks etc ( kami dah beranak 2 pon tak pergi makan Starbucks). In fact bila keluar dating, tendency untuk bershopping juga tinggi! Lagi satu, jangan suka bergayut di talian telefon dan buat kenduri Ala Carte (ala kadar).

(6) Hutang lain-lain- Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam ‘lists to buy’. Live below your means ;)

Planning, patience, and delayed gratification can help us to live debt free. Add long term investment and I believe we can have a formula for getting rich slowly

2 Responses to "Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang?"

Sebenarnya secara peribadi saya kagum dgn saudari penulis ni. Beliau seorg yg sungguh berdisiplin dan mampu ‘delay pleasure’. Kalau saya jadi dia, mesti berganda lah jumlah simpanan saya. Tengah nak amik ‘aura’ org ‘frugal’… hehe.

Tapi bagi saya dalam hidup ni money is not everything. Sometimes with money kita dapat bagi kepuasan pada diri sendiri dan bawa kebahagiaan kepada orang tua. Bila hidup diberkati, insyaallah rezeki melimpah-ruah. Apa gunanya keje keras, savings byk tapi hidup tak gembira dan selesa. Saya golongan pertengahan la, masih ada savings walaupun belanja byk. But finding ways to increase saving to achieve my financial objective.

Hidup hanyalah sekali. Saya seorg yg secara semulajadi always ‘think BIG’ dari kecil, perasaan sukakan kemewahan memang tinggi. Insyaallah akan berusaha juga mempraktikkan pelan perancangan kewangan yg sihat untuk capai ‘high positive net worth’. Nak tau lebih lanjut bolehlah contact kami ye… buat appointment ngan Farra pun boleh. Insyaallah kami akan kongsi ilmu dan buat ‘personalized’ consultation🙂

Sue, bukan senang juga nak melawan nafsu nafsi sehingga tercapai ‘delay gratification’. Yelah, kita ni orang perempuan, macam-macam nak beli. Bila dah ada anak lagilah banyak belanja. Sekarang ni macam-macam terbayang nak hias bilik anak-anak, nak cat ler..letak wallpaper ler..beli perabot ler..eh eh mmg macam2😀

Simpan wang dan tiada hutang itu kegembiraan saya disamping berada disisi keluarga….definasi wang itu berbeza mengikut individu.

Yang penting kita ada simpanan dalam Unit Amanah PM yang mampu melawan keganasan Mr Inflation setiap tahun. tak gitu? hubungi saya untuk merangka penyelesaian kewangan anda sekarang!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: