Bicara tips kewangan harian

Inflasi bulan Jun meningkat 7.7%

Posted on: July 27, 2008

Statistics Department baru sahaja mengumumkan kadar inflasi pada bulan lepas meningkat sebanyak 7.7% berbanding Jun tahun lepas, dan ianya adalah 3.9% lebih tinggi daripada bulan Mei 2008.

Tidak hairanlah harga barang-barang umumnya sudah naik. Tak kiralah harga roti, kek, perabot, besi dan lain-lain lagi. Oleh kerana inflasi ini tidak dapat dikawal (kalaulah kerajaan boleh kawal!), marilah kita sendiri yang mengubah cara hidup supaya hidup kita tidak tertekan dek kerana inflasi.

2 hari lepas saya terjumpa satu artikel yang menarik yang dikongsi oleh penulisnya. Saya kongsikan beberapa strategi yang disyorkan oleh Brewer dalam menghadapi kedaan inflasi ialah:

  1. Melabur dalam ‘barang’ daripada wang sebagai contoh emas.
  2. Berhati-hati memegang tunai. Wang tunai yang anda ada sebaiknya di simpan/dilaburkan kedalam mekanisme pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi. Sebagai contoh, jika wang disimpan di dalam akaun simpanan biasa memberi pulangan 5% tetapi ianya sebenarnya kurang 5% selepas ditolak dengan kadar inflasi tahunan.
  3. Jangan buat pinjaman kadar tetap untuk jangkamasa panjang dan jangan beli bon kerana kadar inflasi yang tinggi menghancurkan nilai jangkamasa panjang bon. Kemungkinan 7% atau 8% kadar pinjaman tetap akan meningkat sehingga 14% atau lebih kepada 30 tahun pelan pinjaman rumah.
  4. Melabur ke dalam long term capital gain. Unit Amanah adalah mekanisme pelaburan sangat produktif dalam membantu anda melawan kadar inflasi.

Mungkin ada strategi yang boleh digunapakai dengan situasi di Malaysia. Ianya pilihan anda. Yang pasti anda tidak boleh berdiam diri kerana dengan tidak melakukan sesuatu, nilai wang yang anda ada akan susutnilai disebabkan inflasi. Bertindak sekarang!

P/s- sedang mendalami subjek ‘Perfecting the enoughness & Learning the simplicity‘. Mmg sesuai dengan situasi ekonomi sekarang.

1 Response to "Inflasi bulan Jun meningkat 7.7%"

[…] Julai meningkat sehingga 8.5%,  lebih tinggi daripada jangkaan pada 7.8% dan kadar inflasi bulan Jun pada 7.7%. Sumber: […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: