Bicara tips kewangan harian

Archive for July 2008

Assalamualaikum,

Ada orang berpendapat…
1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang
2) Some debt is good thing
3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup

Hutang sebenarnya bukanlah semuanya evil. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu.

Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang? Saya rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:

(1) Hutang Kad Kredit- Ini paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apapon ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Iye ker?

(2) Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak saya saya tak digalakkan, atau mengikut situasi anda!) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa!

(3) Hutang kereta- Buat simpanan. ( Saya sedang berusaha mengumpulnya). Saya mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan kereta sekarang ini masih boleh digunakan dan memikirkan kereta juga susutnilai dengan cepat, saya masih tangguhkan lagi. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif tentang kereta saya, tetapi sudah terlalu ramai menyarankan saya bertukar kereta baru! Tetapi saya gembira kerana duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru saya gunakan untuk simpanan dana pendidikan dan persaraan.

(4) Hutang perumahan – Saya rasa amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi.

(5) Hutang kahwin – Eh, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya ada tau. Boleh elak dengan jangan keluar dating selalu terutama ke restoran hebat-hebat macam Starbucks etc ( kami dah beranak 2 pon tak pergi makan Starbucks). In fact bila keluar dating, tendency untuk bershopping juga tinggi! Lagi satu, jangan suka bergayut di talian telefon dan buat kenduri Ala Carte (ala kadar).

(6) Hutang lain-lain- Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam ‘lists to buy’. Live below your means 😉

Planning, patience, and delayed gratification can help us to live debt free. Add long term investment and I believe we can have a formula for getting rich slowly

Advertisements

Statistics Department baru sahaja mengumumkan kadar inflasi pada bulan lepas meningkat sebanyak 7.7% berbanding Jun tahun lepas, dan ianya adalah 3.9% lebih tinggi daripada bulan Mei 2008.

Tidak hairanlah harga barang-barang umumnya sudah naik. Tak kiralah harga roti, kek, perabot, besi dan lain-lain lagi. Oleh kerana inflasi ini tidak dapat dikawal (kalaulah kerajaan boleh kawal!), marilah kita sendiri yang mengubah cara hidup supaya hidup kita tidak tertekan dek kerana inflasi.

2 hari lepas saya terjumpa satu artikel yang menarik yang dikongsi oleh penulisnya. Saya kongsikan beberapa strategi yang disyorkan oleh Brewer dalam menghadapi kedaan inflasi ialah:

  1. Melabur dalam ‘barang’ daripada wang sebagai contoh emas.
  2. Berhati-hati memegang tunai. Wang tunai yang anda ada sebaiknya di simpan/dilaburkan kedalam mekanisme pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi. Sebagai contoh, jika wang disimpan di dalam akaun simpanan biasa memberi pulangan 5% tetapi ianya sebenarnya kurang 5% selepas ditolak dengan kadar inflasi tahunan.
  3. Jangan buat pinjaman kadar tetap untuk jangkamasa panjang dan jangan beli bon kerana kadar inflasi yang tinggi menghancurkan nilai jangkamasa panjang bon. Kemungkinan 7% atau 8% kadar pinjaman tetap akan meningkat sehingga 14% atau lebih kepada 30 tahun pelan pinjaman rumah.
  4. Melabur ke dalam long term capital gain. Unit Amanah adalah mekanisme pelaburan sangat produktif dalam membantu anda melawan kadar inflasi.

Mungkin ada strategi yang boleh digunapakai dengan situasi di Malaysia. Ianya pilihan anda. Yang pasti anda tidak boleh berdiam diri kerana dengan tidak melakukan sesuatu, nilai wang yang anda ada akan susutnilai disebabkan inflasi. Bertindak sekarang!

P/s- sedang mendalami subjek ‘Perfecting the enoughness & Learning the simplicity‘. Mmg sesuai dengan situasi ekonomi sekarang.

Tahukah anda? Inflasi tertinggi di dunia sekarang adalah di Zimbabwe. Kadar inflasi di negara itu meningkat sehingga 2.2juta peratus.  Antara baranag pengguna yang mengalami kenaikan harga mendadak ialahminyak masak sebanyak 60 juta peratus dan gula sebanyak 36 juta peratus.

HARARE, Zimbabwe (AP) — Official inflation soared to 2.2 million percent in Zimbabwe — by far the highest in the world — and has shot as high as 70 million percent in the past year for some basic goods sold on the black market, the state central bank said Thursday.

Sumber: CNN

Syukur, di Malaysia kadar inflasi saya kira masih boleh diterima. Jadi, banyakkan simpanan dan kurang perbelanjaan 😉

Assalamualaikum,

Telah lama hendak saya ingin kongsikan pelan pendidikan anak-anak saya yang saya bangunkan menggunakan sebuah perisian ‘ financial advisor’. Disini saya kongsikan pelan pendidikan anak pertama saya sahaja secara ringkas.

Anak pertama: Muhammad Mus’ab

Tarikh lahir: 4 Jun 2004

Tahun ke universiti:14 tahun lagi

Program: Finance, Australia (3+1)

Jumlah pengajian dan kos sara hidup: RM 233,427 ( assumption: Kadar inflasi tempatan 2.5% dan antarabangsa 3%)

Simpanan sedia ada:

a) EPF akaun 1nilai dalam masa 14 tahun:RM16.5K

b) Unit Amanah (Ittikal): RM35.3K ( lump sum RM5K pada tahun 2006) (assumption: kadar pulangan tahunan :13%)

Baki dana pendidikan yang diperlukan =RM181.5K ( RM233.4K – RM16.5 K-RM35.3K)

Untuk mencapai jumlah RM181.5K, saya memerlukan RM615 disimpan secara bulanan. Dana yang ingin dipilih akan berdasarkan profail risiko pelabur.

Huh, tak percaya? Emailkan alamat email anda dan saya akan kongsikan pelan pendidikan lengkap kedua-dua permata hati saya ini dengan anda yang terpilih. Laporan lengkap ini mengandungi 7 muka surat.

Sample muka surat pertama

Nota: Dana pendidikan anak akan berubah mengikut jenis pengajian seperti negara, program dan faktor lain iaitu kadar inflasi dan purata pulangan tahunan unit amanah.

Selain pelan pendidikan, saya juga menyediakan khidmat pelan persaraan, pelan pembelian rumah, dan pelan mencapai impian kewangan anda yang lain. Hubungi saya 013-3413040.

Wassalam

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual emerged as the biggest winner at the Morningstar Asia (Malaysia) 2007 Fund Awards by winning 4 of the 6 awards.

Setelah memenangi Award daripada Falaika Advisor sebelum ini, sekali lag PM memenangi Award daripada Morningstar Asia ( Malaysia ) 2007. PM mendapat 4 daripada 6 Award yang dipertandingkan iaitu:

No Category Category Groupings Fund
1 Equity Islamic Syariah Public Ittikal Fund
2 Equity Malaysia Equity Public Growth Fund
3 Fixed Income Malaysia Ringgit Bond Public Bond Fund
4 Balanced Malaysia Ringgit Balanced PB Balanced Fund

PM juga baru sahaja mengumumkan Distribution bagi 9 Dananya seperti berikut:

Fund

Gross Distribution / Unit

Interim *

Final

Total

PB Growth Fund

9.00 sen

5.00 sen

14.00 sen

PB Asia Equity Fund

3.25 sen

3.25 sen

PB Islamic Asia Equity Fund

2.00 sen

2.00 sen

PB Balanced Fund

10.00 sen

5.00 sen

15.00 sen

PB Fixed Income Fund

5.75 sen

5.75 sen

PB Islamic Bond Fund

4.25 sen

4.25 sen

PB Cash Management Fund

3.00 sen

3.00 sen

PB Islamic Cash Management Fund

3.00 sen

3.00 sen

Public Islamic Money Market Fund

2.00 sen

2.00 sen

* diumumkan pada December 2007 dan dibayar pada January 2008.

Sumber diatas diperolehi dari: Public Mutual

Semalam, 3 Julai 2008 urusniaga semua unit amanah dibekukan sementara disebabkan suspension trading di Bursa Malaysia Berhad. Urusniaga akan dijalankan seperti biasa hari ini.

Sumber ini diperolehi daripada: Bursa Malaysia.

Memang belakangan ini, keadaan politik menyebabkan harga pasaran saham agak tidak menentu. Anda jangan khuatir kerana ianya sementara sahaja. Dengan kejatuhan harga pasaran, ambillah peluang ini untuk menambah pelaburan unit anda kerana anda akan dapat mengumpul jumlah unit lebih banyak! Pelabur unit amanah boleh mengalami kerugian jika menjual pada waktu yang salah. Ya, jangan buat kesilapan itu! Sabar dan jangan panik. Ingat, pelaburan unit amanah ini adalah untuk jangkamasa panjang. Kita tidak bermain spekulasi wang disini. Harap maklum.

p/s – hari ni nak tambah lagi PAIF saya + borang autodebit terus untuk my kids education plan. Oh, plan tersebut dah siap. Saya akan kongsi dengan anda untuk entry seterusnya.