Kesan inflasi pada kuasa membeli
Posted June 12, 2008
on:- In: Inflation
- 4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Harapnya anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kini masuk minggu kedua kita semua menikmati kenaikan harga minyak sebanyak 40%. Saya kira kita semua sedang menyesuaikan diri dengan kedaan ini.
Seperti yang saya katakan minggu lepas, kenaikan harga minyak pasti mendorong kenaikan harga barang-barang pengguna yang lain. Mana tidaknya, bolehkah barang dihantar dengan lori yang tidak diisi minyak? Bolehkah bas atau teksi menghantar penumpang tanpa mengisi minyak? Lambat-laut, bahangnya makin terasa. Inflasi di ramalkan semula dari 2.5% hingga 3% kepada 4.2% tahun ini. Ini seperti yang dikatakan oleh Gavenor BNM.
She said the inflation rate was expected to average at 4.2% this year compared with the earlier forecast rate of between 2.5% and 3%. The country had recorded an inflation rate averaging 5.3% in 1998 following the Asian financial crisis.
Tahukah anda bahawa inflasi menyebabkan nilai wang kita susut? Dengan ini, kuasa membeli kita akan menurun! Katakan kadar purata inflasi adalah 4% setiap tahun. Dan jika sekarang anda sejumlah wang untuk membeli barang bernilai RM10,000, pada 5 tahun akan datang kuasa membeli RM10,000 menjadi RM12,167 dan jika dalam masa 10 tahun ia menjadi RM14,802! Ini bermakna jika anda berbelanja RM5,000 sebulan sekarang , anda memerlukan RM7,401 dalam masa 10 tahun lagi untuk menikmati gaya hidup kebiasaan anda.
Untuk pengetahun, kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah 3.6% dan 2% pada tahun 2007.
Apakah persiapan kita untuk menghadapi hari tua yang bakal menjelma? Dengan tidak melakukan sesuatu pada wang anda hari ini, anda sebenarnya menghadapi kerugian setiap tahun dek disebabkan kadar inflasi. Ya, wang anda menyusut nilainya! Jika anda menyimpan di dalam instrumen yang memberi pulangan 6% sedangkan kadar inflasi adalah 4%, anda hanya mendapat 2% pulangan! Rugikah anda? Dengan inflasi, anda memerlukan satu cara dimana wang anda bekerja keras untuk anda!
Melaburlah ke dalam unit amanah kerana ia bekerja lebih keras dari simpanan biasa yang lain. Ia bukan sahaja memberi pulangan yang sangat menggalakkan, tetapi anda akan menikmati faedah berikut:
1) Kepelbagaian/diversification. Kepelbagaian membantu mengurangkan risiko pelaburan.
3) Pengurusan dana professional. Anda tidak perlu menguruskan pelaburan anda kerana pengurus dana sepenuh masa menguruskan semuanya!
4) Tahap kecairan yang tinggi.
5) Faedah ‘dollar cost averaging’.
6) Caj perkhidmatan yang berpatutan. Jangan bimbang, semua caj tersebut dipantau selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Kebaikan dan keburukan disini.
Psst….sejak harga minyak baru diumumkan, harga unit menurun! Masa yang sesuai untuk melabur. Jom melabur! Usah berlengah lagi.
4 Responses to "Kesan inflasi pada kuasa membeli"
senang jek nak kawin, buat mana yang wajib. tak perlu majlis yang sangat meriah hingga menyebabkan pembaziran / diri terhimpit dengan hutang
wt prjk dlm hotel ps2 tok imam dtng dpt ah khawen free!! kurang belanje
1 | zool
June 22, 2008 at 8:12 am
Inflasi memang memberi kesan terutamanya pada pendapatan rendah dan sederhana..
Camne nak kawin nie ek??