Bicara tips kewangan harian

Berjimat cermat

Posted on: June 5, 2008

Semalam telah diumumkan oleh PM berkenaan harga minyak yang naik. Bagi saya agak tinggi kerana pada awalnya saya hanya menjangkakan mungkin naik 30-40 sen sahaja. Tup2 sampai 72sen menjadikan harga petrol RM2.70. Setakat hari ini masih belum terasa bahang kenaikan kerana harga-harga barang masih belum naik secara mendadak. Namun tak pastilah lagi 2-3 hari.

Menteri KPDNHEP ada memberi hint bahawa mungkin menjelang Ogos, tiada lagi subsidi petrol menjadikan harga petrol menjangkau RM4. Satu perkembangan yang menarik. Sama-samalah kita nantikan apa kesannya.

Tetapi yang lebih penting buat masa sekarang, kita semua patut mula berjimat-cermat menghadapi sebarang kemungkinan. Perhatikan sekeliling kita, di pejabat, di rumah, di dalam perjalanan dan sebagainya cara-cara untuk mengelakkan pembaziran. Mungkin patut kurangkan makan diluar dan lebihkan masak sendiri. Idea membawa sarapan dan makan tengah hari dari rumah menarik, mungkin dapat menjimatkan hampir 30-40% belanja harian. Elakkan memandu kalau jarak dekat, mungkin inilah masanya untuk sedikit senaman dengan berjalan – disamping berjimat turut juga menyihatkan badan. Ingatkan anak2 untuk berjimat seperti air dan juga elektrik. Padam lampu yang tidak digunakan. Guna kipas/aircond sekiranya perlu. Kalau boleh ahli keluarga diwaktu malam berkumpul diruang yang sama untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Saya rasa banyak lagi cara untuk berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Mungkin pembaca dapat menambah cara-cara lain yang kreatif untuk berjimat/mengurangkan pembaziran.

Malam ini saya ada melawat 2 laman yang agak menarik berkenaan topik ini. Mungkin berguna kepada anda.

http://money.cnn.com/2008/05/16/pf/bottom_line.moneymag/index.htm?cnn=yes

http://www.savingadvice.com/

5 Responses to "Berjimat cermat"

Wah.. byknya idea farra… bagus tuh… betul.. kena lebih berjimat-cermat… lebihkan saving…. artikel tu pun ada kata… “saving in taxable mutual fund account, will help you a lot.” Saving penting sgt… kalau kita rasa gaji sebulan kita dah fix bayar keperluan, dalam keadaan sekrg kita memang kena bijak menambah pendapatan yang sedia ada contohnya berniaga. Alhamdulillah sejak menceburkan diri dalam perniagaan saya dapat mendisiplinkan diri mempunyai simpanan tetap setiap bulan disamping berusaha mengurangkan liabiliti. Pembacaan mengenai ilmu perancangan kewangan yg pelbagai di pasaran dapat mendedahkan kita kepada pelbagai idea untuk memperbaiki status kewangan. Perancangan kewangan paling ideal bermula daripada muda lagi, jadi sama-samalah kita bijak berbelanja serta berjimat untuk masa hadapan.

hi sue, the ideas came from deman..hihi..bukan fara yg tulis..but we have the same intention & passion , bersamalah kita berjimat cermat!

nasihat yang baik,
tibalah masanya kita untuk berjimat cermat
dan menjalankan aktiviti senaman…

Yup..kene berjimat cermat dengan situasi tak menentu skang ni..sambil2 tu kene pandai ikhtiar cari duit alternatif lain.

saja aku duit banyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: