Bicara tips kewangan harian

5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelabur unit amanah

Posted on: June 1, 2008

Apa khabar? Sudah lama saya tak kemaskini BijakRinggit ini dek kerana kesibukan kerja pejabat dan kerja dapur . Sudahkah anda memulakan pelaburan anda? Tahniah jika anda sudah melabur! Yang belum melabur, bila lagi nak mula? Segera ubati penyakit suka bertangguh. Dari segala aspek bertangguh membawa masalah kepada kita. Secara mudahnya, solat pon kita tidak boleh bertangguh bukan?

Saya sedang membaca buku “How to make money in stocks“. Angan-angan kalau ada modal lebih nak main saham pulak suatu hari nanti😀. Apapon biar saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini, chapter 18 yang bertajuk “How you could make a million dollars owning mutual funds!

5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh para pelabur unit amanah:

1. Gagal untuk membiarkan pelaburan (sit tight) untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Tahukah anda kehilangan menikmati “the magic of compounding interest” jika melabur dalam jangka yang pendek.

2. Terlalu risau dengan servis caj pengurusan dana, turnover rate atau kadar dividen.

3. Terjejas dengan berita hangat di pasaran padahal anda melabur untuk jangkamasa panjang.Relaks dan berikan masa untuk keadaan pasaran pulih semula.

4. Menjual balik unit pelaburan ketika keadaan pasaran teruk.

5. Menjadi tidak sabar dan hilang keyakinan terlalu awal.

Fikirkan!

1 Response to "5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelabur unit amanah"

[…] Jadi, jika bukan ‘timing’ yang menjadi isu, apakah isu sebenar di dalam pelaburan? Isunya hanya KITA yang BERTANGGUH. Ingat, masa tidak menunggu kita. Setiap hari umur semakin meningkat. Jangan lakukan kesilapan. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: