Bicara tips kewangan harian

Kewangan dan Privasi: Apa hubung kaitnya?

Posted on: May 7, 2008

T. Harv Eker, penulis Buku “Rahsia Minda Jutawan — Secrets of the Millionaire Mind” menyatakan bahawa baginya orang yang mengatakan “wang tidak penting” adalah TIDAK BERDUIT (broke or going to broke!).

Saya pula ingin menyatakan disini bahawa orang yang menganggap wang sebagai suatu privasi/rahsia dan malu berbual tentangnya atau umum mengetahui tentang kewangannya adalah TIDAK BERDUIT (broke or going to broke!). Ini kerana, jika anda mempunyai banyak wang, ianya bukan privasi lagi. Anda pasti ingin mengetuk orang yang mengatakan “alamak malunya, dalam akaun aku ada 2 juta!”. Apa perasaan anda semasa mengeluar wang di mesin ATM jika baki dalam akaun anda hanya RM2.

Tentu anda tidak mahu sesiapa yang beratur dibelakang mengetahuinya. Bayangkan pula jika ianya 2 juta. Tentu anda tidak jadi masalah kalau orang yang beratur dibelakang anda mengetahuinya (kecuali jika dia perompak🙂

Antara contoh lain adalah seperti Bill Gates, Warren Buffet dan ramai lagi jutawan. Bagi mereka, kewangan mereka bukan lagi satu rahsia.

Ok, soalan cepu emas: Apa perasaan anda jika tahap kewangan anda sekarang diketahui umum? Jika malu; Anda mungkin sedang menghampiri tiada duit atau memang sekarang sedang menghadapi masalah kewangan.

Apakah benar ramalan saya ini?

[ English version]
T. Harv Eker mentioned in his book “Secrets of the Millionaire Mind” that whoever says “Money is not important”, that person most probably is broke!

My prediction is that those who say “My money is a secret” are most probably broke too! If I have 2 millions in my account, I don’t have any problem for anybody to know that]]. However, if it is only 2 dollars, I will keep that secret tight!

So, is my prediction correct?

2 Responses to "Kewangan dan Privasi: Apa hubung kaitnya?"

tak setuju lah dengan pandangan awk.amat angkuh..pada saya semua org berhak simpan rahsia kewangannya ,walaupun mereka ada byk duit dlm bank. saya tak banyak duit, setakat belas ribu sahaja. tp, saya dpt tahu ada 4 org kawan sekerja saya yang ada ratus ribu ringgit dlm akaun, sebab mereka bayar zakat belas ribu.umur mereka baru 32 tahun.menariknya, mereka ni amat perahsia.tidak pernah cerita pasal duit mereka atau memandang rendah org yg duit sikit.amat pemurah, selalu sedekah, tak berkira sejak dulu masa duit mereka baru ribu2 sahaja sampai sekarang. tak pyhla ikut kata2 nasihat org putih yg tak belajar sifat tawadhu` dan riya`.

Suziana, terima kasih atas pendapat anda. Saya memahami pendapat anda. Saya melihat dari perspektif berbeza. Bagi saya kedua-dua pendapat benar berdasarkan perspektif dan konteks masing2. Mungkin visitors lain juga mahu mengutarakan pendapat masing2.

Berkenaan posting ini, maaf kerana saya tidak menulis dengan jelas konteksnya. Bukan saya bermaksud untuk menggalakkan pembaca menjadi takabbur atau riyak. Jauh sekali untuk bermegah-megah dengan menceritakan berapa banyak kewangan yang dimiliki. Allah amat menbenci orang yang takabbur dan riyak hinggakan dengan memiliki sifat ini walaupun sebesar zarah, seseorang mungkin tidak dapat menghidu bau Syurga, nauzubillah.

Ianya adalah lebih kepada ‘state of mind’. Soalan-soalan dan perkara tersebut untuk disoal didalam diri masing2 (muhasabah). Melalui penilaian tersebut, diri masing2 dapat mengetahui setakat mana pencapaian masing2.

Misalnya, bagi orang yang menganggap wang tidak penting, mungkin akan menyebabkan dirinya menjadi malas, tidak bercita-cita besar dan hanya berusaha ala kadar. Orang yang menganggap wang penting, sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh, bersemangat dalam kerja yang dijalankan.

Tahap kewangan pula memang tidak patut dicanangkan seluruh dunia. Bill Gates dan ramai orang yang benar-benar kaya (bukan tiruan) tidak pergi kesana kesini menceritakan berapa banyak duitnya didalam bank. Malah ramai orang yang sebenarnya kaya tidak seperti yang kita sangkakan — berumah besar, berkereta besar dan lain-lain (rujuk buku Millionaire Next Door). Selalunya wartawan dan orang lainlah yang cuba mengorek rahsia tersebut. Namun untuk tujuan muhasabah, patut kita bertanya kepada diri sendiri sama ada pada kadar kewangan sekarang, adalah kita berasa malu jika ianya terpecah dan diketahui kepada kawan2 atau orang lain. Jawapan tersebut sebenarnya boleh menjadi kayu ukur untuk menilai setakat mana kita telah berjaya. Melalui jawapan tersebut, kita boleh menambahkan lagi usaha agar lebih berjaya.

Saya amat bersetuju bahawa mereka yang mempunyai kelebihan kewangan tidak patut memandang rendah mereka yang tidak mampu atau miskin. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Berkenaan zakat dan sedekah, saya amat bersetuju. Kedua-dua amalan ini sebenarnya menyucikan harta dan juga pada sama menyuburkan harta melalui keberkatan yang diberi oleh Allah. Islam amat menggalakkan kepentingan budaya berzakat dan bersedekah. Berdasarkan kaedah hukum, apa-apa yang perlu untuk mencapai sesuatu kewajipan/kepentingan maka perkara-perkara yang diperlukan itu automatik menjadi wajib/penting kerana tanpanya matlamat asal tidak akan tercapai. Maka jelaslah bahawa wang penting kerana tanpanya, berzakat dan bersedekah tidak dapat dilakukan. Oleh yang demikian, sepatutnya orang Islamlah yang terkehadapan berbanding umat lain dalam persoalan kewangan, malah sepatutnya dalam semua bidang (seperti dicapai pada zaman kegemilangan Islam dahulu)

Berkenaan pendapat orang putih, pada pendapat saya, tidak kisahlah daripada siapa pun, jika pendapat tersebut baik maka patutlah kita ambil iktibar dan pengajaran. Ini kerana mafhum satu hadis bahawa semua kebaikan didunia adalah harta milik orang beriman yang telah hilang, maka dimana sahaja kamu berjumpa, ambillah.

Benar, ada sesetengah buku tulisan orientalis tidak berpaksi kepada ketuhanan (rabbani), namun kita sendiri sebagai pembaca harus mengambil yang baik dan mengaitkan kembali dengan konsep ketuhanan. Banyak buku2 yang saya baca tulisan penulis Barat sebenarnya adalah nilai2 Islam cuma diberi istilah baru oleh penulis tersebut. Misalnya banyak buku berkenaan ‘Law of Attraction’ menyatakan salah satu sifat penting untuk menjadi kaya adalah bersyukur (Gratitude). Ini tidak lain adalah sifat yang dituntut oleh Islam dan amat banyak diulang-ulang didalam AlQuran. Banyak lagi konsep-konsep yang ditulis oleh penulis Barat mengenai kekayaan, jika diteliti mendalam, ianya tidak lain tidak bukan adalah Islam itu sendiri. Amat menarik kalau ada penulis2 baru dari dunia Islam dapat menulis buku2 kekayaan yang menzahirkan hubungkait semuanya itu dengan Islam.

Maaf, panjang pula saya menulis. Terima kasih Suziana atas pendapat anda. Komen anda amat perlu bagi diri saya sendiri, isteri dan kawan2 agar dalam usaha kita mencapai sesuatu, kita tidak sampai terpesong dari akidah yang sebenarnya (Ad-deennu nasihah – Agama itu nasihat-menasihati) . Kepada pembaca lain yang masih anonymous, mungkin anda ada pendapat berbeza. Tulislah, sama2 kita boleh bertukar2 pendapat. Sebenarnya, semua pendapat adalah betul berdasarkan perspektif dan konteks masing2.

Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: