Bicara tips kewangan harian

Persaraan bijak melalui pelaburan Unit Amanah melalui KWSP

Posted on: May 6, 2008

Hari ini saya kumpulkan 3 soalan lazim yang biasa diutarakan oleh bakal pelabur. Harap ia jua memberi manfaat kepada anda!

Apakah syarat kelayakan saya untuk melabur?

Pelabur perlu memenuhi syarat dibawah iaitu:

1) Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

2) Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

3) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana cara untuk memohon?

Anda boleh menghubungi perunding Unit Amanah Public Mutual dengan menyediakan dokumen di bawah:

1) Salinan kad pengenalan ( beserta dengan cop ibu jari kanan dan kiri di atas salinan tersebut)

2) Borang lengkap KWSP 9N (ahli)

3) Borang pelaburan KWSP Public Mutual

Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih  tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan?  Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

Artikel berkaitan: Panduan pengeluaran dan contoh pengiraan

2 Responses to "Persaraan bijak melalui pelaburan Unit Amanah melalui KWSP"

Wah…
Baru saya tau kelebihan untuk tidak mengharapkan KWSP mengurus pelaburan kita. Bila saya lihat angka tersebut, saya sungguh terperanjat.

Kalau belum ada akaun Public Ittikal, boleh mohon untuk keluarkan duit dari KWsp jugak ka?

semua pelaburan KWSP layak memohon untuk pengeluaran pelaburan. Saya emailkan kepada anda yer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: