Bicara tips kewangan harian

Archive for May 2008

Saya baru selesai membaca buku Law of Attraction (LOA) yang ditulis oleh yang ditulis oleh Michael J. Losier. Buku ini sangat mudah untuk difahami dan menggunakan Bahasa Inggeris yang simple. Saya meminjamnya daripada seorang kawan baik yang suka berkongsi rahsia kejayaan dan juga pahit manis dalam menempuhi kehidupan harian. Sungguh selesa sekali bila kita mempunyai kawan untuk berkongsi segalanya bukan?

Mungkin Law of Attraction bukan topik baru kepada anda. Tapi ianya merupakan topik baru kepada saya. Namun tanpa saya sedari,LOA sebenarnya telah lama kita amalkan ldan ketahui lebih-lebih lagi ianya terkandung di dalam Al-Quran. Sedikit sebanyak ianya berkaitan dengan buku “Don’t be sad/La Tahzan” yang saya baca tahun lepas.

Definasi LOA:

” I attract to my life whatever I give my attention, energy dan focus to, whether positive or negative” “

Ia bermaksud saya menarik ke dalam kehidupan saya apa sahaja yang saya beri tumpuan, fokus dan tenaga. Kita sebenarnya menarik kedalam kehidupan kita apa yang kita fikirkan samada ianya positif atau negatif. Bermula dari pemikiran, ianya akan membawa kepada kepercayaan dan seterusnya kepada action.

Bagaimana LOA berfungsi?

Buku ini menerangkan 3 cara untuk menjadikan LOA berfungsi dalam kehidupan anda:

1) Kenalpasti matlamat anda

Tidak ramai yang mengetahui apakah matlamat yang mereka kehendaki, tetapi mengetahui apakah yang mereka tidak mahu. LOA mencadangkan supaya kita menumpukan kepada matlamat yang anda mahu. Sebagai contoh, tukarkan ayat ” saya tidak mahu lambat sampai ke pejabat” kepada ” saya akan sampai ke pejabat tepat pada masanya”. Dengan menggunakan ayat positif, membantu manifestasi dan usaha anda ke arah matlamat tersebut.

2) Berikan tumpuan, tenaga dan perhatian kepada matlamat anda

” Giving attention, increases vibration. Law of Attraction responds to how you feel about what you say and how how you feel about what you think”

Gunakan ‘positive affirmation’ untuk meningkatkan positif vibration kedalam diri anda. Sebagai contoh ” Saya dalam proses menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” atau ” Saya dalam proses meningkatkan pendapatan pasif saya berjumlah RM50,000 dalam masa 1 tahun”

3) Berikan peluang kepada matlamat tersebut!

” Allowing is the absence of negative vibration”

Berikan ‘allowing statement’ kepada setiap keraguan yang anda hadapi dalam mengejar matlamat anda. Sebagai contoh:

“Tidak mungkin saya dapat membuat perniagaan ketika berumur 50 tahun! Sudah terlewat.”

Tanya semula diri anda” adakah terdapat orang yang berjaya membuat perniagaan ketika berumur 50 tahun?” Sudah tentu jawapannya “Ya!” . Jadi cipta “allowing statement’ kepada kebenaran tersebut. Sebagai contoh ” Jika Colonel Sanders, founder of KFC memulakan perniagaan franchisenya ketika berumur 62 tahun ( ada yang mengatakan ketika berumur 65 tahun) dan kini telah berjaya, mengapa tidak saya?”.

Terdapat 2 cara yang sangat menarik perhatian saya dalam mengaplikasikan LOA dari buku ini iaitu:

1) Book of Proof

Tuliskan segala bukti yang menunjukkan bahawa kehidupan anda ini indah dan mewah supaya ianya membuat anda excited memburu matlamat anda. Tuliskan tarikh dan bukti tersebut di dalam Book of Proof. Contoh 22/5/08. Bukti yang saya jumpai hari ini:1) Rakan sekerja belanja makan tengahari 2) Saya mendapat parking percuma dll. Jika ada kawan yang ingin belanja anda , katakan saja ‘Terima kasih!’. Begitulah indahnya dunia kehidupan kita ,ada masa kita memberi ada masa kita merasa.

2) Attraction Box

Kumpulkan segala benda yang boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dan letakkan ke dalam satu kotak ajaib yang kita namakan “Attraction Box”. Saya sudah ada “Attraction box” yang berbentuk fizikal (clear folder) dan bukan fizikal (thumdrive) di mana didalamnya telah saya himpunkan banyak kisah-kisah kejayaan wanita dalam dunia perniagaan dan dunia penyusuan bayi.

Secara peribadi saya menganggap LOA sangat berkesan dan menghasilkan kejayaan. Melalui LOA yang saya ciptakan 2 tahun yang lepas untuk salah satu matlamat saya iaitu ” Saya akan menyusukan anak saya sehingga 2 tahun”, kini saya telah berjaya. Walau susah payah atau sibuk mana juga saya, saya telahberusaha untuk memastikan saya dapat menyusukan bayi saya sehingga 2 tahun! Kini permata hatiku telah berumur 2 tahun 2 bulan dan masih menyusu badan.

Akhir kata, selamat menonton video klip ini dan ciptakan lebih banyak ‘positive affirmation‘ kedalam diri kita supaya kita mencapai kejayaan!

Bacaan lain: StevePavlina

Advertisements
Tags:

Saya sebenarnya lambat tahu mengenainya. Sayang sekali. Seminar tersebut akan bermula esok iaitu dijalankan pada 23-25 Mei 2008. Mengikut peminat-peminat T Harv Eker yang pernah menghadiri seminar tersebut mengatakan seminar tersebut sangat berguna dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka.

Jika anda berminat, seminar seterusnya akan diadakan di Singapura. Jadi, peminat beliau yang berada di Singapura, jangan lepaskan peluang ini! Maklumat lanjut disini.

Tags:

I’ve finished reading this book about a month ago. The author is T Harv Eker. I personally recommend this book for people who are seeking to build wealth and financial freedom in life.

If you are not doing well financially, you will have to change your money blueprint. This extraordinary book will help you to identify your money blueprint, reset it and create natural success. According to T. Harv Eker, its simple. If you think like rich people think and do what rich people do, chances are you’ll get rich too!

The wealth files are very superb. Let’s see how the rich and poor people think and act differently!

1. Rich people believe ” I create my life”. Poor people believes ” Life happens to me”

2. Rich people play the money to win the game. Poor people play the money game to not lose.

3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.

3. Rich people think big. Poor people think small.

4. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money well.

5. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.

6. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.

7. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.

Are these 7 wealth files make you feel excited? For me, yes it did. There are many more to share and that has inspired me and hubby to compile it in very easy format where you can print and follow it through everyday! Click here to download.

Or you may want to buy it today! why not? Just click the left button in this website. Happy reading!

 

 

 

 

Other people who also give review on this book:

GetRichSlowly (I’m a big fan of this blog! )

PrivatePracticeMarketing

Tags:

Failaka Advisor, sebuah badan terkemuka dalam penyelidikan Dana Islam mengumumkan pemenang Dana Unit Amanah sempena 3rd Annual Islamic Fund Awards yang diadakan di Dubai, 24 Mac 2008.

Saya sangat terharu dan gembira kerana syarikat dana yang saya laburkan memenangi anugerah tersebut iaitu Public Mutual bagi kategori ‘Best Islamic Funf Manager in Asia’.

PM memenangi anugerah tersebut bagi kategori Malaysia ASIA. Hebat bukan? Dengan ini saya mengharapkan dan menjangkakan pelaburan saya dan pelabur dibawah saya sendiri akan berpeluang mendapat pulangan yang tidak mengecewakan.

Setelah PM memenangi beberapa Anugerah sebelum ini, kini adakah anda masih tercari-cari Syarikat Dana yang mana hendak dilaburkan? Bagi saya mudah saja, sudah tentu PUBLIC MUTUAL. Saya kini semakin berkeyakinan bukan sahaja sebagai pelabur tetapi jugak sebagai salah seorang Perunding Unit Amanah untuk membantu anda semua!

Bertindak sekarang! Mulakan pelaburan anda! Hubungi saya, 013-3413040.

Bacaan lain:

http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=prs_rls_16052008_1340

http://www.failaka.com/customer/2007Winners.jsp

Tags:

T. Harv Eker, penulis Buku “Rahsia Minda Jutawan — Secrets of the Millionaire Mind” menyatakan bahawa baginya orang yang mengatakan “wang tidak penting” adalah TIDAK BERDUIT (broke or going to broke!).

Saya pula ingin menyatakan disini bahawa orang yang menganggap wang sebagai suatu privasi/rahsia dan malu berbual tentangnya atau umum mengetahui tentang kewangannya adalah TIDAK BERDUIT (broke or going to broke!). Ini kerana, jika anda mempunyai banyak wang, ianya bukan privasi lagi. Anda pasti ingin mengetuk orang yang mengatakan “alamak malunya, dalam akaun aku ada 2 juta!”. Apa perasaan anda semasa mengeluar wang di mesin ATM jika baki dalam akaun anda hanya RM2.

Tentu anda tidak mahu sesiapa yang beratur dibelakang mengetahuinya. Bayangkan pula jika ianya 2 juta. Tentu anda tidak jadi masalah kalau orang yang beratur dibelakang anda mengetahuinya (kecuali jika dia perompak 🙂

Antara contoh lain adalah seperti Bill Gates, Warren Buffet dan ramai lagi jutawan. Bagi mereka, kewangan mereka bukan lagi satu rahsia.

Ok, soalan cepu emas: Apa perasaan anda jika tahap kewangan anda sekarang diketahui umum? Jika malu; Anda mungkin sedang menghampiri tiada duit atau memang sekarang sedang menghadapi masalah kewangan.

Apakah benar ramalan saya ini?

[ English version]
T. Harv Eker mentioned in his book “Secrets of the Millionaire Mind” that whoever says “Money is not important”, that person most probably is broke!

My prediction is that those who say “My money is a secret” are most probably broke too! If I have 2 millions in my account, I don’t have any problem for anybody to know that]]. However, if it is only 2 dollars, I will keep that secret tight!

So, is my prediction correct?

Hari ini saya kumpulkan 3 soalan lazim yang biasa diutarakan oleh bakal pelabur. Harap ia jua memberi manfaat kepada anda!

Apakah syarat kelayakan saya untuk melabur?

Pelabur perlu memenuhi syarat dibawah iaitu:

1) Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP

2) Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

3) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.

Bagaimana cara untuk memohon?

Anda boleh menghubungi perunding Unit Amanah Public Mutual dengan menyediakan dokumen di bawah:

1) Salinan kad pengenalan ( beserta dengan cop ibu jari kanan dan kiri di atas salinan tersebut)

2) Borang lengkap KWSP 9N (ahli)

3) Borang pelaburan KWSP Public Mutual

Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih  tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan?  Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

Artikel berkaitan: Panduan pengeluaran dan contoh pengiraan