Bicara tips kewangan harian

Berlengah itu merugikan. Tahukah anda?

Posted on: April 4, 2008

Adakah anda ingin tahu bahawa dengan berlengah dalam membuat pelaburan itu merugikan anda? Ini sebabnya:

1. Inflasi

Dengan tidak melabur anda sebenarnya menghadapi risiko terhadap kadar inflasi. Inflasi memang tidak dapat dielakkan dalam situasi pasaran masakini. Dengan mengambil purata kadar inflasi sebanyak 3% setahun, anda kini boleh tahu berapa tahunkah wang anda akan susutnilai (depreciate) sebanyak separuh nilai dengan hanya menggunakan ‘Rule of 72’. Cara pengiraan: 72 bahagi purata kadar inflasi.

Contoh: 72/3 = 24 tahun

Bayangkan anda mempunyai wang sebanyak RM100,000 tahun ini, dalam masa 24 tahun lagi nilainya hanya RM50,000 sahaja. Jadi, cukupkah wang anda untuk menyara persaraan anda nanti? Oleh yang demikian, kita perlu melabur wang kita kedalam pelaburan yang memberi pulangan melebihi 3% supaya nilai wang kita tidak susut begitu sahaja. Katakan anda menyimpan wang ke dalam Fixed Deposit dan mendapat pulangan tetap sebanyak 3%. Jumlah wang yang anda simpan masih sama, tetapi disebabkan kadar inflasi sebenarnya anda tidak mendapat pulangan! Ingat sebelum ini Dave berkata “ Savings without a mission is a garbage’

2. Kuasa ‘Compound Interest’

Bagi menjadikan modal pelaburan kita berkembang , kita tidak harus mengabaikan kuasa ‘compound interest’ . Tahukah anda Albert Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’?

Mari kita lihat definasi ‘compund interest’ iaitu:

Interest that accrues when earnings for a specific period are added to principal; thus interest for the following period is computed on the principal plus accumulated interest.

Ini bermakna anda tidak akan keluarkan pulangan dari dividen yang anda dapat. Anda hanya membiarkan sahaja pelaburan anda berkembang. Pulangan yang seterusnya akan dikira ke atas principal dan dividen yang terkumpul setiap tahun. Contoh yang mudah, katakan anda menyimpan RM10,000 ke dalam Unit Amanah yang memberi pulangan purata 15% setiap tahun. Dengan tidak mengeluarkan langsung wang tersebut, pelaburan anda dalam masa 15 tahun akan menjadi begini:

compoundingtablesmall.jpg

Setelah 10 tahun anda akan mendapat RM40,456!. Jika anda membiarkannya untuk tempoh lagi 10 tahun, anda akan mendapat RM72,434,766! Patutla Einstein menggelar ia sebagai ‘8th wonder of the world’.

Gunakan ‘compund interest calculator’ ini untuk mengesahkan contoh di atas:

ASB:

 compounding_asbs.jpg

Unit Trust:

 compounding_uts.jpg

Contoh lain kuasa ‘compound interest’ antara Simpanan Biasa dan Unit Trust disini.

3 Responses to "Berlengah itu merugikan. Tahukah anda?"

[…] in total return of investment by age of 50 years old. See, it’s RM54,938! Thanks to the power of compounding interest who have benefited Fara for investing early! Warren Buffet start his first investing in stock at […]

[…] tight) untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Tahukah anda kehilangan menikmati “the magic of compounding interest” jika melabur dalam jangka yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: