Bicara tips kewangan harian

Public Ittikal VS ASB

Posted on: March 23, 2008

Public Ittikal adalah satu instrumen pelaburan yang sesuai untuk jangkamasa panjang. Pulangan Ittikal untuk tempoh 10 tahun bermula Mac 1998 hingga Mac 2008 adalah sebanyak 207%. Pulangan Ittikal adalah melebihi pulangan Public Shariah Index pada kadar 57.6%. Sila lihat Carta di bawah.

ittikal-performance.jpg

Mari kita lihat apakah perbezaan wang yang anda laburkan dalam tempoh 10 tahun antara Ittikal dan ASB.

Jika anda melabur dalam Ittikal RM5,000 ( saya mengambil contoh saya) pada tahun 2006, nilainya akan menjadi RM21,468 pada kadar pulangan setahun adalah 18%. Manakala jumlah pelaburan di dalam ASB setelah 10 tahun adalah RM8,855 pada kadar pulangan setahun sebanayk 8%. Perbezaannya adalah RM12, 600!! Dalam kedua-dua perbandingan tersebut, saya telah meletakkan 2% sebagai kadar purata inflasi tahunan.

Jadi betulkah ASB ni pelaburan tanpa risiko? Pada pendapat saya, risikonya tetap ada. Dalam contoh di atas, risikonya adalah anda kehilangan peluang pulangan sebanyak RM12,600 (perbezaan pulangan Ittikal dan ASB utk 10 tahun lalu). Bagaimana pula dgn Ittikal, apakah risiko yang ada? Harga unit Ittikal bergantung kpd prestasi pasaran saham, maknanya risiko tu memang wujud, pulangannya mungkin sangat rendah 5%, atau lebih teruk lagi -20%, tetapi kemungkinan ini terlalu rendah. Kebarangkalian untuk memperoleh pulangan 15% ++ adalah lebih tinggi. Pengurus Dana meletakkan pelaburan didalam portfolio yang berbeza ( diversifikasi). Jadi sebarang penurunan di satu portfolio akan di off set dengan pulangan di portfolio yang lain. Jika anda risau dengan kejatuhan prestasi pasaran saham seperti baru-baru ini, kesan tersebut hanya sementara. Ketika prestasi pasaran saham menurun, pelabur digalakkan 1) Membeli unit tambahan 2) Jika tiada wang, bersabar 3) Atau switch fund (caj akan dikenakan).

Sesuai dengan saranan Dave Ramsey dan Warren Buffet dan ramai lagi pelabur sofistikated, Unit Trust ini adalah untuk jangkamasa panjang. Untuk pelaburan Ittikal saya, saya bercadang untuk menambah lagi pelaburan. Insyallah, tambahan RM5,000 lagi😉

Disini juga saya sertakan strategi pelaburan Unit Trust yang dicadangkan oleh Dave Ramsey dan yang diamalkan olehnya:

Standard Diversification

          o 25% Growth and Income (large cap, big companies)

          o 25% Growth (mid-cap, mid-sized companies)

          o 25% International

          o 25% Aggressive growth (tech, web, health care, bio-tech, small co. , emerging markets)

Conservative Diversification:

          o 25% Balanced

          o 25% Growth & Income

          o 25% Growth

          o 25% International

Nota: Public Ittikal adalah Growth Fund. Minimum pelaburan adalah RM1,000, dan tambahan pelaburan adalah serendah RM100.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: