Bicara tips kewangan harian

Pengenalan kepada Unit Trust

Posted on: March 8, 2008

Assalamualaikum,
Kepada individu yang baru mula berjinak-jinak dengan pelaburan, saya cadangkan supaya anda melabur dalam Unit Amanah. Mari kita fahami bersama apa yang dimaksudkan dengan Unit Amanah atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Unit Trust atau di sesetengah negara seperti US disebut Mutual Fund.
Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.
Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.
Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscahs dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value ” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTM setiap hari.
Pulangan / ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan/dividen’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split).
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur / membeli saham ‘blue chip’ yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain2 lagi.). Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.
Unit Trust halal ker?
Ramai yang tertanya-tanya samada UT ini halal atau tidak. Islamic Unit Trust yang telah diluluskan dan disenarai oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah halal untuk dilabur. UTMC perlu melantik Syariah Advisor untuk mengawalselia aktiviti setiap UTS yang ditawarkan. Setakat 31 Jan 08 ini, terdapat 531 produk UT di Malaysia, jadi pilihlah UT yang berlandaskan syariah. Anda boleh rujuk maklumbalas Ustaz Zaharuddin berkenaan UT.

6 Responses to "Pengenalan kepada Unit Trust"

adakah sekarang masa yang sesuai untuk melabur di dalm unit amanah (unit fund).

saya berminat kepada Public mutual unit trust….

bagaimana

unit amanah public mutual mana yang bagus…..

dah congak-congak…. tapi tak tahu lagi

PSESF
PFESF
PCSF

ok ke ketiga-tiga tu

Mos, harga pasaran tgh turun, you invest now and can get more units..soalan yg lain tu I dah jawab dlm email okey,
Regards, Farra

[…] Anda juga telah didedahkan dengan kelebihan dan keburukan Unit Trust. […]

maksud trust fund lebih teperinci?

kenapa ramai orang melabur dalam trust fund?
perbandingan antara trust fund dgn yg lain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: