Bicara tips kewangan harian

Kupasan Jutawan! @ Radio 24, 5 Mac 08

Posted on: March 8, 2008

Assalamualaikum,

Jika ada yang terlepas rancangan Jutawan! yang dihoskan oleh Dr Irfan pada Rabu lepas di Radio 24, disini saya sertakan sedikit kupasannya. Harap dapat manfaat bersama. 

Rancangan : Bicara Jutawan
Hos: Dr Irfan Khairi
Saluran radio:
Radio 24
Jam/Tarikh : 7.15 malam- 8.00 malam, 5 Mac 2008
Ikon jutawan jemputan: Abang Abu

Abang Abu menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun. Beliau berasal dr Malaysia tetapi kini menetap di Singapura. Dua cara utama yang dikongsi oleh beliau adalah melalui pelaburan:
1) Pelaburan melalui saham atau unit amanah. Beliau mencadangkan pelabur membuat 3 jenis pelaburan dan tidak hanya meletakkan duit ke dalam satu pelaburan. Yang pertama, pelaburan jangka masa panjang iaitu 10-15 tahun. Ini boleh dibuat dengan pelaburan yang sedikit tetapi berterusan setiap bulan untuk mendapat faedah prinsip ‘dollar cost averaging’. Yang kedua, pelaburan kurang 5 tahun dan yang terakhir dalam masa setahun.
Faktor yang penting dalam pelaburan ini ialah strategi ‘offensive’ + ‘defensive’. Dalam masa kita membuat strategi ‘offensive’ yakni ingin pulangan yang tinggi/memuaskan, kita juga perlu ada strategi ‘defensive’ iaitu kita perlu defend/protect diri kita. ‘Protect’ melalui cara mendapatkan ilmu tentang apakah pelaburan yang kita masuk. Ramai orang yang tidak mempunyai cukup ilmu hingga menyebabkan mereka melabur tanpa berfikir panjang. Kerana itulah ramai terjerumus ke pelaburan haram seperti pelaburan internet haram dll.

2) Pelaburan hartanah. Beliau buat masa ini telah memiliki 6 hartanah. Keuntungan diperolehi dari ‘capital appreciation’ iaitu harga asset akan meningkat dan ‘rental income/sewa bulanan’. Pastikan sewa bulanan anda lebih dari harga bayaran pinjaman rumah setiap bulan. Faktor penting dalam pelaburan ini ialah LOKASI, LOKASI, LOKASI.
Beliau turut mengupas 8 cara untuk menjadi jutawan:
1) Keputusan. Kita semua perlu membuat KEPUTUSAN! Dan kemudian perlu ada KOMITMEN terhadap keputusan yang dibuat. My guru finance shared ‘Decisiveness is a characteristics of high performers. Almost any decision is better than no decision at all!’
2) Belajar bagaimana duit bekerja (how the money works). Knowledge is power.
3) Apakah hubungan kita dengan duit? Kita mesti sayang dan suka duit. Oleh itu, kita juga tidak harus bersikap benci kepada orang-orang kaya / berduit.
4) Matlamat yang tinggi yang realistik. Contoh: ‘Saya akan menjadi jutawan semasa umur 35 tahun’. Secara puratanya, individu yang mempunyai motivasi tinggi untuk menjadi jutawan akan menjadi jutawan dalam tempoh 7-10 tahun, manakala yang bermotivasi sederhana memerlukan 20 tahun untuk menjadi jutawan. Dr Irfan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun manakala Abang Abu dalam tempoh 5 tahun. Kita bagaimana?? Think rich to get rich
5) Sedia, rancang dan ikut bajet. He said money cannot be managed. But we can manage ourselves. And then only we can manage our money.
6) Kurangkan belanja. Be FRUGAL. In short, live well below our means. This is the principle thought in book which I’m reading right now, The millionaire next door. Katakan, pendapatan anda RM3000, jadi belanjalah seperti gaji anda RM1500 (separuh je). Gunakan duit yang anda telah jimat tadi untuk melabur. He stressed ‘ Mulalah melabur! Anda mesti melabur!’. Gain knowledge and we must be more than ordinary investor, we must be entrepreneur investor’. Frugal ini bukan bermaksud kedekut, tetapi berjimat cermat membelanjakan wang.
7) Increase asset. Ada pelbagai cara untuk kita tambah asset, contohnya melalui rumah, stock, mutual fund, bond dll.
8) Guna/kongsi kekayaan untuk kebaikan. Ingat ‘sedekah dan zakat itu sedikitpun tidak mengurangkan harta kamu’
Beliau akan mengadakan Bengkel MAP pada 18 Mei 08 ini. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.jejakjutawan.com/
Map= Minda positif
A= Aksi positif
P= Pelan tindakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: