Bicara tips kewangan harian

4 cara mudah untuk membuat simpanan tetap

Posted by: farrahaiza on: August 30, 2008

Assalamualaikum

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la orang kata …..

~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar

~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini

~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?

Alahai bukan banyak sangat nak simpan. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.

Hari ini saya terbaca artikel “ Five ways to put $50 into savings each month” . Kredit kepada MoneyInstructor. Memang mudah saja melihat cara yang dikongsikannya.

Jadi disini, saya juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:

1)Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbabding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita sumai isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu.

3) Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

< kalau nak cuba resipi baru boleh layari farracheesecakes>

8 Responses to "4 cara mudah untuk membuat simpanan tetap"

Terima kasih di atas perkongsian menarik ini :)

Public mutual not bad what. It’s a kind of simpanan tetap.

a’kum bagus cadangan tu…kena ikat perut dan kawal nafsu…nak berjaya…ingat penting simpan duit dkt anak2

w’salam sunita, jgn la ikat perut..kejam pulak..kawal nafsu tu btol la..bezakan yg mana keperluan & kehendak..pay yourself first, play later ;)

Public Mutual kawan jual selepas beberapa tahu rugi jer

BAGI MEREKA YANG INGIN MENYIMPAN WANG DENGAN DILINDUNGI INSURAN PERCUMA BOLEHLAH TEL/SMS SAYA 017-9770198 (ROSLI)KHUSUS BAGI MEREKA YANG TINGGAL AREA KOTA BAHRU,WAKAF BAHRU,TUMPAT,PASIR MAS SAHAJA.TQ

kalau simpana tu,sume bagus ler

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Your Unit Trust Consultant Name: Farrah Aiza Location: Taman Ehsan, Kepong Email:fara_aiza@yahoo.com H/p:013-3413040 Agent no:10251528 FMUTM no:009-0-53781

a

Blog Stats

  • 34,081 hits
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.