Posted by: farrahaiza on: August 29, 2008
Kadar inflasi negara kita pada bulan Julai meningkat sehingga 8.5%, lebih tinggi daripada jangkaan pada 7.8% dan kadar inflasi bulan Jun pada 7.7%. Sumber: Forbes
Kepada pengguna seperti kita, pastinya ia memberi kesan dari segi perbelanjaan isirumah dan ini mungkin memaksa sesetengah individu untuk mencari wang pendapatan tambahan dan juga mengurangkan perbelanjaan.
Berdasarkan TheEdge hari ini, kadar perkembangan ekonomi kita pada suku kedua tahun ini kurang memberangsangkan daripada 7.1% kepada 5.9%. Begitulah kesan yang kita rasai dek kerana kenaikan harga minyak dan barang dan kerana hilangnya keyakinan pelabur terhadap situasi politik negara kita.
Bayangkan jika kadar inflasi kita ialah 6% setiap tahun, harga sepinggan makanan kita yang berharga RM20 tahun ini akan menjadi RM64 dalam masa 20 tahun lagi! Apa persiapan anda?
~ Apa la cerita bajet 2009 petang ini yer!
~ Emm..sejak akhir-akhir ini suka betul saya membaca ZenHabits. Sedang mencuba tips2 bergunanya.