jump to navigation

Berbelanja dan melabur dengan bijak June 5, 2008

Posted by farrahaiza in Why invest.
trackback

Para pelabur,

Saya ada berita baik untuk anda! Public Mutual baru sahaja mengumumkan kadar dividen (distribution) untuk 8 dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2008. Baca berita terperincinya disini.

2 daripadanya adalah dana shariah di mana saya juga merupakan salah seorang pelaburnya. Pelaburan saya memperolehi kadar dividen seperti berikut:

Public Ittikal- 15.00 sen/unit

Public Islamic Equity-6.50 sen/unit

Saya akan kongsikan jumlah pulangan pelaburan saya akan datang. Alahai, mesti la hati berbunga. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang membuatkan sesetengah orang menjadi sesak dan risau. Kenaikan harga barang memang sudah dijangka dengan kenaikan harga petrol sebanyak 40%  yang baru diumumkan semalam.  Tak lama lagi, tarif elektrik baru pula akan diumumkan. Saya bukanlah pakar ekonomi, tapi sangat minat bidang tersebut, saya sangat yakin kadar inflasi akan meningkat dari kadar puratanya 3% sekarang. Inflasi akan menyebabkan kuasa membeli kita menurun. Jadi, apakah tindakan anda sebagai pengguna? Berbelanjalah dengan bijak dan melaburlah dengan bijak demi masa hapadan kita.

Comments»

No comments yet — be the first.