Kad Kredit # II June 29, 2008
Posted by farrahaiza in Bantuan, Kad Kredit.4 comments
Assalamualaikum,
Hujung minggu ini tidak berjalan begitu lancar buat saya kerana pelan asalnya hendak membuat pelbagai aktiviti terbantut disebabkan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.
Rakan- rakan, secara kebetulan semasa saya menulis artikel berkenaan Kad Kredit minggu lepas, sebuah artikel yang ditulis oleh Tan Su Yin dari majalah Personal Money keluaran bulan Jun 08 juga berkongsi maklumat penting untuk semua pemegang Kad Kredit di Malaysia. Saya mendapat artikel tersebut agak lewat kerana saya bukanlah subscriber majalah tersebut. Saya memperolehinya hari Khamis yang lepas melalui kiriman email seorang kawan.
Antara bahagian yang penting untuk kita semua ketahui adalah seperti berikut:
” Last Year Bank Negara Malaysia announced a tiered pricing structure (TPS), which will be implemented this July 1, under which those who settle their minimum payments promptly will be charged a reduced interest of 15% to 17% per annum, instead of the usual 18%.
Under current arrangements, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, after July, only those who make full payments before the due date will be entitled to interest-free days. Those who make only partial or minimum payments will be charged interest on the day new purchases are posted to the card’s accounts. In addition the late payment charge is now a minimum of RM10 or 1% on total outstanding balances; previously it was 1% of the minimum payment amount.
Though the TPC allows cardholders to enjoy lower interest rates, they now have to pay interest on each and every new purchase as soon as it is posted into their accounts.”
Source; Personal Money June 2008, by Tan Su-Yin
Apakah pendapat anda mengenai artikel tersebut?
Kesimpulan dari artikel tersebut mulai Julai 2008:
1) Anda tidak dikenakan interest hanya jika dapat membayar penuh dalam masa 20 hari. Awas! Anda dikenakan interest dengan pembelian baru jika anda hanya membayar separuh / minimum bil bulan sebelumnya walaupun Interest lebih rendah dari 18% ke 15-17% setahun.
2) Caj lewat bayar ialah RM10 atau 1% daripada hutang baki.
Oleh itu, jika ianya akan bernar-benar dijalankan, saya berpendapat bahawa jika anda ingin terus menggunakan Kad Kredit, tabiat dibawah perlu dilakukan dengan penuh disiplin setiap bulan:
1) Hanya beli barang yang sangat-sangat diperlukan sahaja menggunakan Kad Kredit. Sebaiknya gunakan wang tunai dalam setiap pembelian. Jika tujuan utama anda adalah untuk mengumpulkan points, kini terdapat juga Kad Debit yang menawarkan pengumpulan points and penembusan ganjaran buat anda.
2) Bayar hutang Kad Kredit sepenuhnya sebelum tarikh akhir. Dan untuk memastikan anda dapat membayar penuh, pastikan anda mempunyai keyakinan tinggi bahawa anda ada wang yang cukup untuk membayar hutang Kad Kredit dihujung bulan. Ya, fikirkan sebelum membuat keputusan menggunakan Kad Kredit.
Bagi saya yang masih mempunyai satu Kad Kredit, saya akan pastikan saya terus konsisten dengan displin saya membayar hutang Kad Kredit saya sepenuhnya setiap bulan. Oh ya, jika 2 laptop sahaja yang melekat pada bil hutang Kad Kredit saya sebelum ini, jumaat lepas saya tambah lagi satu komitmen iaitu bayaran derma bulanan ke MAKNA. Saya menghadapi tekanan kerja yang amat maksima minggu lepas dan dengan geramnya saya pergi ke kaunter MAKNA dan terus sign up untuk derma bulanan dengan harapan Allah akan terus memberi kekuatan saya menghadapi pelbagai dugaan dengan bantuan yang tak seberapa ini.
Sebenarnya derma bulanan MAKNA boleh dibuat dengan Kad Kredit atau Akaun Simpanan. Saya memilih Kad Kredit kerana Akaun simpanan akan dikenakan caj RM1/bulan maknanya RM12/tahun. Adakah ini the wise decision? Em..saya pon tak pasti!!
Kesan inflasi pada kuasa membeli June 12, 2008
Posted by farrahaiza in Inflation.4 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Harapnya anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kini masuk minggu kedua kita semua menikmati kenaikan harga minyak sebanyak 40%. Saya kira kita semua sedang menyesuaikan diri dengan kedaan ini.
Seperti yang saya katakan minggu lepas, kenaikan harga minyak pasti mendorong kenaikan harga barang-barang pengguna yang lain. Mana tidaknya, bolehkah barang dihantar dengan lori yang tidak diisi minyak? Bolehkah bas atau teksi menghantar penumpang tanpa mengisi minyak? Lambat-laut, bahangnya makin terasa. Inflasi di ramalkan semula dari 2.5% hingga 3% kepada 4.2% tahun ini. Ini seperti yang dikatakan oleh Gavenor BNM.
She said the inflation rate was expected to average at 4.2% this year compared with the earlier forecast rate of between 2.5% and 3%. The country had recorded an inflation rate averaging 5.3% in 1998 following the Asian financial crisis.
Tahukah anda bahawa inflasi menyebabkan nilai wang kita susut? Dengan ini, kuasa membeli kita akan menurun! Katakan kadar purata inflasi adalah 4% setiap tahun. Dan jika sekarang anda sejumlah wang untuk membeli barang bernilai RM10,000, pada 5 tahun akan datang kuasa membeli RM10,000 menjadi RM12,167 dan jika dalam masa 10 tahun ia menjadi RM14,802! Ini bermakna jika anda berbelanja RM5,000 sebulan sekarang , anda memerlukan RM7,401 dalam masa 10 tahun lagi untuk menikmati gaya hidup kebiasaan anda.
Untuk pengetahun, kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah 3.6% dan 2% pada tahun 2007.
Apakah persiapan kita untuk menghadapi hari tua yang bakal menjelma? Dengan tidak melakukan sesuatu pada wang anda hari ini, anda sebenarnya menghadapi kerugian setiap tahun dek disebabkan kadar inflasi. Ya, wang anda menyusut nilainya! Jika anda menyimpan di dalam instrumen yang memberi pulangan 6% sedangkan kadar inflasi adalah 4%, anda hanya mendapat 2% pulangan! Rugikah anda? Dengan inflasi, anda memerlukan satu cara dimana wang anda bekerja keras untuk anda!
Melaburlah ke dalam unit amanah kerana ia bekerja lebih keras dari simpanan biasa yang lain. Ia bukan sahaja memberi pulangan yang sangat menggalakkan, tetapi anda akan menikmati faedah berikut:
1) Kepelbagaian/diversification. Kepelbagaian membantu mengurangkan risiko pelaburan.
3) Pengurusan dana professional. Anda tidak perlu menguruskan pelaburan anda kerana pengurus dana sepenuh masa menguruskan semuanya!
4) Tahap kecairan yang tinggi.
5) Faedah ‘dollar cost averaging’.
6) Caj perkhidmatan yang berpatutan. Jangan bimbang, semua caj tersebut dipantau selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Kebaikan dan keburukan disini.
Psst….sejak harga minyak baru diumumkan, harga unit menurun! Masa yang sesuai untuk melabur. Jom melabur! Usah berlengah lagi.
Berjimat cermat June 5, 2008
Posted by deman2k in Uncategorized.5 comments
Semalam telah diumumkan oleh PM berkenaan harga minyak yang naik. Bagi saya agak tinggi kerana pada awalnya saya hanya menjangkakan mungkin naik 30-40 sen sahaja. Tup2 sampai 72sen menjadikan harga petrol RM2.70. Setakat hari ini masih belum terasa bahang kenaikan kerana harga-harga barang masih belum naik secara mendadak. Namun tak pastilah lagi 2-3 hari.
Menteri KPDNHEP ada memberi hint bahawa mungkin menjelang Ogos, tiada lagi subsidi petrol menjadikan harga petrol menjangkau RM4. Satu perkembangan yang menarik. Sama-samalah kita nantikan apa kesannya.
Tetapi yang lebih penting buat masa sekarang, kita semua patut mula berjimat-cermat menghadapi sebarang kemungkinan. Perhatikan sekeliling kita, di pejabat, di rumah, di dalam perjalanan dan sebagainya cara-cara untuk mengelakkan pembaziran. Mungkin patut kurangkan makan diluar dan lebihkan masak sendiri. Idea membawa sarapan dan makan tengah hari dari rumah menarik, mungkin dapat menjimatkan hampir 30-40% belanja harian. Elakkan memandu kalau jarak dekat, mungkin inilah masanya untuk sedikit senaman dengan berjalan – disamping berjimat turut juga menyihatkan badan. Ingatkan anak2 untuk berjimat seperti air dan juga elektrik. Padam lampu yang tidak digunakan. Guna kipas/aircond sekiranya perlu. Kalau boleh ahli keluarga diwaktu malam berkumpul diruang yang sama untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Saya rasa banyak lagi cara untuk berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Mungkin pembaca dapat menambah cara-cara lain yang kreatif untuk berjimat/mengurangkan pembaziran.
Malam ini saya ada melawat 2 laman yang agak menarik berkenaan topik ini. Mungkin berguna kepada anda.
http://money.cnn.com/2008/05/16/pf/bottom_line.moneymag/index.htm?cnn=yes
Berbelanja dan melabur dengan bijak June 5, 2008
Posted by farrahaiza in Why invest.add a comment
Para pelabur,
Saya ada berita baik untuk anda! Public Mutual baru sahaja mengumumkan kadar dividen (distribution) untuk 8 dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2008. Baca berita terperincinya disini.
2 daripadanya adalah dana shariah di mana saya juga merupakan salah seorang pelaburnya. Pelaburan saya memperolehi kadar dividen seperti berikut:
Public Ittikal- 15.00 sen/unit
Public Islamic Equity-6.50 sen/unit
Saya akan kongsikan jumlah pulangan pelaburan saya akan datang. Alahai, mesti la hati berbunga. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang membuatkan sesetengah orang menjadi sesak dan risau. Kenaikan harga barang memang sudah dijangka dengan kenaikan harga petrol sebanyak 40% yang baru diumumkan semalam. Tak lama lagi, tarif elektrik baru pula akan diumumkan. Saya bukanlah pakar ekonomi, tapi sangat minat bidang tersebut, saya sangat yakin kadar inflasi akan meningkat dari kadar puratanya 3% sekarang. Inflasi akan menyebabkan kuasa membeli kita menurun. Jadi, apakah tindakan anda sebagai pengguna? Berbelanjalah dengan bijak dan melaburlah dengan bijak demi masa hapadan kita.
5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelabur unit amanah June 1, 2008
Posted by farrahaiza in Why invest.1 comment so far
Apa khabar? Sudah lama saya tak kemaskini BijakRinggit ini dek kerana kesibukan kerja pejabat dan kerja dapur . Sudahkah anda memulakan pelaburan anda? Tahniah jika anda sudah melabur! Yang belum melabur, bila lagi nak mula? Segera ubati penyakit suka bertangguh. Dari segala aspek bertangguh membawa masalah kepada kita. Secara mudahnya, solat pon kita tidak boleh bertangguh bukan?
Saya sedang membaca buku “How to make money in stocks“. Angan-angan kalau ada modal lebih nak main saham pulak suatu hari nanti
. Apapon biar saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini, chapter 18 yang bertajuk “How you could make a million dollars owning mutual funds!“
5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh para pelabur unit amanah:
1. Gagal untuk membiarkan pelaburan (sit tight) untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Tahukah anda kehilangan menikmati “the magic of compounding interest” jika melabur dalam jangka yang pendek.
2. Terlalu risau dengan servis caj pengurusan dana, turnover rate atau kadar dividen.
3. Terjejas dengan berita hangat di pasaran padahal anda melabur untuk jangkamasa panjang.Relaks dan berikan masa untuk keadaan pasaran pulih semula.
4. Menjual balik unit pelaburan ketika keadaan pasaran teruk.
5. Menjadi tidak sabar dan hilang keyakinan terlalu awal.
Fikirkan!










