jump to navigation

Perbezaan asas antara beberapa jenis simpanan/pelaburan March 23, 2008

Posted by farrahaiza in Public Mutual, Unit Trust, Why invest.
trackback

Di dalam buku Total Money Makeover yang ditulis oleh Dave Ramsey, saya tertarik dengan petikan berikut “Savings without a mission is garbage. Your money needs to work for you, not lie around” .

Saya tertarik kerana, ia memberi kesedaran kepada kita bahawa adakah portfolio simpanan atau pelaburan kita sekarang ini menguntungkan? Dan sebagai umat Islam, menjadi kewajipan untuk kita menilai adakah ianya halal?Disini saya kongsikan beberapa perbezaan asas dari segi pulangan antara beberapa jenis simpanan yang lazimnya dimiliki oleh orang-orang biasa:

Akaun simpanan biasa

Simpanan mimima sangat rendah, berisiko rendah dan juga mempunyai pulangan yang sangat rendah. Biasanya orang ramai menggunakannya untuk akaun masuk pendapatan.  

EPF

Simpanan wajib untuk simpanan hari tua ini secara umumnya memberi pulangan yang agak rendah. Sebagai contoh 2007 – 5.8% Tabung Haji Simpanan yang bagus untuk semua umat Islam terutamanya sebagai simpanan untuk menunaikan Ibadat Haji. Pulangan pada tahun 2007- 7%. 

ASB

Terlalu banyak isu dibincangkan sejak beberapa tahun yang lepas. Dan saya yakin bahawa pelaburan ASB bercanggah dengan Syariah. Pada Tahun 2006 saya telah keluarkan duit saya dan masukkan ke dalam Islamic Unit Trust. Ada pendapat mengatakan ianya Harus. Ada pendapat yang mengatakan ianya Haram. Namun begitu, saya sekadar berkongsi pulangan ASB seperti berikut:

2003 9.25%
2004 9.25%
2005 9.25%
2006 8.55%
2007 9.00%

Saham

Selain berisiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi dan memerlukan duit yang banyak, anda juga memerlukan ilmu, keprihatinan dan kepakaran yang tinggi terhadap pelaburan tersebut. Ayah saya pelabur yang aktif main saham sebab dia dah pencen, banyak masa nak melepak kat OSK Securities :p  

Fixed Deposit  

FD adalah simpanan yang dijamin selamat dan menjanjikan pulangan tetap tetapi rendah. Purata pulangan FD ialah 3%-4%

Unit Trust

Unit Trust have a diversified portfolio. Jadi kerugian in certain portfolio will be offset by gains in others. Secara umumnya, UT adalah antara pelaburan yang selamat dan menjanjikan pulangan yang memuaskan berbanding pelaburan yang lain. Sebagai umat Islam, kita wajib memilih Shariah UT dan kini telah banyak syarikat kewangan menawarkan Islamic UT. Saya kini telah memiliki 3 pelaburan UT yang berbeza iaitu Public Ittikal, Public Islamic Select Treasures Fund dan Public  Islamic Dividend Fund. Kesemuanya daripada Public Mutual.   

Comments»

1. rezcky - March 23, 2008

want an honest opinion on klse pl visit http://www.uptrend.blogspot.com. here our effort to keep is so simple,

2. Halil - June 5, 2008

Bakal pelabur kawasan Muar , Melaka dan Pahang boleh call Agent Unit Trust 019-9827276 utk. memastikan pelaburan anda dipilih secara bijaksana terdapat banyak dana Islam strategi bijak menyimpan juga perlu tahu kaedah bila mana waktu yang sesuai untuk menambah dana. Cash dan cara epf boleh melabur. Jadilah pelabur bijak. Simpanan untuk persaraan dan pendidikan anak-anak.Bakal agent baru yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan amat dialu-alukan.bergantung kepada usaha. Pendapatan agak lumayan juga

3. farrahaiza - June 10, 2008

Salam berkenalan Halil!

4. ariffin - September 7, 2008

Bakal agent baru yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan amat dialu-alukan bergantung kepada usaha.
untuk kawasan muar , melaka, negeri sembilan dan segamat boleh call Agent Unit Trust 019 – 798 0024 untuk sebarang pertanyaan.
Apa lagi call saya ya.

5. an - May 13, 2009

Assalamualaikum semua..

Blh sesiapa kongsi maklumat tentang Amflexi plan?