Bicara tips kewangan harian

Kelebihan dan keburukan Unit Trust

Posted on: March 9, 2008

Sebelum kita melabur, adalah baiknya kita semua tahu mengenai kelebihan dan kekurangan Unit Trust.

KELEBIHAN:

1) Kepelbagaian/Diversification.
Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor /asset. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya. Orang putih umpakan ‘Don’t put eggs in one basket’

 

2) Pengurusan Dana Profesional.
Pelaburan dana dalam skim unit trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Jadi, kita tidaklah bersusah payah membuat kajiselidik/ memikirkan bagaimana strategi pelaburan tersebut dijalankan. Mereka akan menguruskan wang kita dengan professional dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.

 

3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi.

Kecairan ini dianggap salah satu faktor penting bagi pelabur kerana jika pulangan tinggi tetapi susah hendak dijual pon akan menyusahkan pelabur. Skim unit trust membolehkan anda menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut. Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap mudah juga. Anda boleh membeli atau menjual unit melalui Unit Trust Consultant, senang sahajakan?

4) Faedah dari ‘dollar cost averaging’

Melalui principal ini, pelabur tidak perlu risau akan masa yang sesuai untuk melabur/keadaan pasaran yang turun naik. Pelabur hanya perlu membuat simpanan tetapiuntuk jangkamasa yang agak sederhana dan konsisten. Pelaburan yang tetap dan kinsisten akan menyebabkan unit pelaburannya bertambah ketika pasaran turun dan pelaburan berkurang ketika pasaran naik. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut.

5) Kos pelaburan yang berpatutan.

Apabila Pengurus Dana melabur dalam jumlah yang banyak mewakili UTMC, ‘ecomonies of scale’ dapat dicapai dan menyebabkan kos pelaburan UT berpatutan berbanding pelaburan lain seperti stok. Caj pelaburan yang lain lebih tinggi sebagai contoh caj komisen stockbroker.

KEBURUKAN

1) <!–[if !supportLists]–>Risiko.

Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika terdapat pelaburan yang menjanjikan pulAnagn yang tinggi tetapi tiada langsung risiko, anda perlu berhati-hati. Anda perlu membaca setiap prospektus skim UT sebelum melabur. UT yang menjanjikan pulangan yang tinggi biasanya mempunyai risiko yang lebih tinggi.  Oleh itu, anda perlu mengenalpasti profil risiko anda terlebih dahulu. Jika tahap risiko anda rendah, anda perlu memilih UT yang berisiko rendah seperti contoh, Public Islamic Balanced Fund dari Public Mutual.

2) <!–[endif]–>Tiada kawalan dalam pengurusan dana

Pelabur tiada hak untuk memilih portfolio pelaburan mereka kerana dana tersebut akan dikendalikan oleh pengurus dana professional yang dilantik mengikut ‘deed’ seperti yang tertulis didalam prospectus.

3) <!–[endif]–>Caj dan yuran pengurusan

Caj permulaan akan dikenakan oleh UTMC bagi menanggung kos-kos pengendalian dana, permohonan, pengurusan akaun pemegang unit dan lain-lain lagi. Biasanya caj akan dikenakan pada anggaran 3%-6%. Caj seterusnya ialah yuran tahunan dan caj pertukaran (switching fee) jika pelabur bertukar skim. Caj semasa pelabur menjual unit (repurchase charge) sangat jarang dikenakan di Malaysia. Semua caj tersebut dimaklumkan kepada pelabur melalui Prospektus skim UT. Caj-caj tersebut dikawal selia dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi menanggung kos pengurusan dana. Mengikut pengalaman saya, selepas ditolak caj-caj tersebut, alhamdulillah UT yang saya beli masih memberi pulangan yang memuaskan berbanding akaun biasa / FD.

4) Opportunity Cost

OC ini bermaksud pelabur kehilangan peluang pelaburan lain seperti di stok, saham, bond dll kerana memilih pelaburan Unit Trust.

About these ads

6 Responses to "Kelebihan dan keburukan Unit Trust"

[...] Melaburlah dalam PCIF atau PIOF atau PIEF sekarang! April 17, 2008 Posted by farrahaiza in Fund performance, Islamic fund, Public Mutual. trackback Kini anda telah membaca dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan Unit Trust. [...]

1) boleh terangkan apa itu trust fund?
2) kenapa ramai orang melabur dalam trust fund?
3) perbandingan antara trust fund dan saham?
4) adakah melabur dalam trust fund ini akan cerah di masa hadapan?

apakah keburukan public mutual? selamat ke melabur dalam public mutual

Heya! I know this is kind of off-topic however I had to
ask. Does building a well-established website like yours require a massive amount work?

I am completely new to blogging but I do write in my diary on a daily basis.
I’d like to start a blog so I can easily share my experience and views online. Please let me know if you have any kind of ideas or tips for new aspiring bloggers. Thankyou!

WOW just what I was searching for. Came here
by searching for how to invest in gold stocks

Hi mates, its impressive post about teachingand fully defined, keep it up all the time.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: