Pelan pendidikan anak July 13, 2008
Posted by farrahaiza in Why invest.1 comment so far
Assalamualaikum,
Telah lama hendak saya ingin kongsikan pelan pendidikan anak-anak saya yang saya bangunkan menggunakan sebuah perisian ‘ financial advisor’. Disini saya kongsikan pelan pendidikan anak pertama saya sahaja secara ringkas.
Anak pertama: Muhammad Mus’ab
Tarikh lahir: 4 Jun 2004
Tahun ke universiti:14 tahun lagi
Program: Finance, Australia (3+1)
Jumlah pengajian dan kos sara hidup: RM 233,427 ( assumption: Kadar inflasi tempatan 2.5% dan antarabangsa 3%)
Simpanan sedia ada:
a) EPF akaun 1nilai dalam masa 14 tahun:RM16.5K
b) Unit Amanah (Ittikal): RM35.3K ( lump sum RM5K pada tahun 2006) (assumption: kadar pulangan tahunan :13%)
Baki dana pendidikan yang diperlukan =RM181.5K ( RM233.4K - RM16.5 K-RM35.3K)
Untuk mencapai jumlah RM181.5K, saya memerlukan RM615 disimpan secara bulanan. Dana yang ingin dipilih akan berdasarkan profail risiko pelabur.
Huh, tak percaya? Emailkan alamat email anda dan saya akan kongsikan pelan pendidikan lengkap kedua-dua permata hati saya ini dengan anda yang terpilih. Laporan lengkap ini mengandungi 7 muka surat.
Sample muka surat pertama
Nota: Dana pendidikan anak akan berubah mengikut jenis pengajian seperti negara, program dan faktor lain iaitu kadar inflasi dan purata pulangan tahunan unit amanah.
Selain pelan pendidikan, saya juga menyediakan khidmat pelan persaraan, pelan pembelian rumah, dan pelan mencapai impian kewangan anda yang lain. Hubungi saya 013-3413040.
Wassalam
Berita terkini untuk para pelabur July 3, 2008
Posted by farrahaiza in Award, Distributions, Unit Trust.add a comment
Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual emerged as the biggest winner at the Morningstar Asia (Malaysia) 2007 Fund Awards by winning 4 of the 6 awards.
Setelah memenangi Award daripada Falaika Advisor sebelum ini, sekali lag PM memenangi Award daripada Morningstar Asia ( Malaysia ) 2007. PM mendapat 4 daripada 6 Award yang dipertandingkan iaitu:
| No | Category | Category Groupings | Fund |
| 1 | Equity | Islamic Syariah | Public Ittikal Fund |
| 2 | Equity | Malaysia Equity | Public Growth Fund |
| 3 | Fixed Income | Malaysia Ringgit Bond | Public Bond Fund |
| 4 | Balanced | Malaysia Ringgit Balanced | PB Balanced Fund |
PM juga baru sahaja mengumumkan Distribution bagi 9 Dananya seperti berikut:
|
Fund |
Gross Distribution / Unit |
||
|
Interim * |
Final |
Total |
|
|
PB Growth Fund |
9.00 sen |
5.00 sen |
14.00 sen |
|
PB Asia Equity Fund |
- |
3.25 sen |
3.25 sen |
|
PB Islamic Asia Equity Fund |
- |
2.00 sen |
2.00 sen |
|
PB Balanced Fund |
10.00 sen |
5.00 sen |
15.00 sen |
|
PB Fixed Income Fund |
- |
5.75 sen |
5.75 sen |
|
PB Islamic Bond Fund |
- |
4.25 sen |
4.25 sen |
|
PB Cash Management Fund |
- |
3.00 sen |
3.00 sen |
|
PB Islamic Cash Management Fund |
- |
3.00 sen |
3.00 sen |
|
Public Islamic Money Market Fund |
- |
2.00 sen |
2.00 sen |
* diumumkan pada December 2007 dan dibayar pada January 2008.
Sumber diatas diperolehi dari: Public Mutual
Semalam, 3 Julai 2008 urusniaga semua unit amanah dibekukan sementara disebabkan suspension trading di Bursa Malaysia Berhad. Urusniaga akan dijalankan seperti biasa hari ini.
Sumber ini diperolehi daripada: Bursa Malaysia.
Memang belakangan ini, keadaan politik menyebabkan harga pasaran saham agak tidak menentu. Anda jangan khuatir kerana ianya sementara sahaja. Dengan kejatuhan harga pasaran, ambillah peluang ini untuk menambah pelaburan unit anda kerana anda akan dapat mengumpul jumlah unit lebih banyak! Pelabur unit amanah boleh mengalami kerugian jika menjual pada waktu yang salah. Ya, jangan buat kesilapan itu! Sabar dan jangan panik. Ingat, pelaburan unit amanah ini adalah untuk jangkamasa panjang. Kita tidak bermain spekulasi wang disini. Harap maklum.
p/s - hari ni nak tambah lagi PAIF saya + borang autodebit terus untuk my kids education plan. Oh, plan tersebut dah siap. Saya akan kongsi dengan anda untuk entry seterusnya.
Kad Kredit # II June 29, 2008
Posted by farrahaiza in Bantuan, Kad Kredit.3 comments
Assalamualaikum,
Hujung minggu ini tidak berjalan begitu lancar buat saya kerana pelan asalnya hendak membuat pelbagai aktiviti terbantut disebabkan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.
Rakan- rakan, secara kebetulan semasa saya menulis artikel berkenaan Kad Kredit minggu lepas, sebuah artikel yang ditulis oleh Tan Su Yin dari majalah Personal Money keluaran bulan Jun 08 juga berkongsi maklumat penting untuk semua pemegang Kad Kredit di Malaysia. Saya mendapat artikel tersebut agak lewat kerana saya bukanlah subscriber majalah tersebut. Saya memperolehinya hari Khamis yang lepas melalui kiriman email seorang kawan.
Antara bahagian yang penting untuk kita semua ketahui adalah seperti berikut:
” Last Year Bank Negara Malaysia announced a tiered pricing structure (TPS), which will be implemented this July 1, under which those who settle their minimum payments promptly will be charged a reduced interest of 15% to 17% per annum, instead of the usual 18%.
Under current arrangements, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, after July, only those who make full payments before the due date will be entitled to interest-free days. Those who make only partial or minimum payments will be charged interest on the day new purchases are posted to the card’s accounts. In addition the late payment charge is now a minimum of RM10 or 1% on total outstanding balances; previously it was 1% of the minimum payment amount.
Though the TPC allows cardholders to enjoy lower interest rates, they now have to pay interest on each and every new purchase as soon as it is posted into their accounts.”
Source; Personal Money June 2008, by Tan Su-Yin
Apakah pendapat anda mengenai artikel tersebut?
Kesimpulan dari artikel tersebut mulai Julai 2008:
1) Anda tidak dikenakan interest hanya jika dapat membayar penuh dalam masa 20 hari. Awas! Anda dikenakan interest dengan pembelian baru jika anda hanya membayar separuh / minimum bil bulan sebelumnya walaupun Interest lebih rendah dari 18% ke 15-17% setahun.
2) Caj lewat bayar ialah RM10 atau 1% daripada hutang baki.
Oleh itu, jika ianya akan bernar-benar dijalankan, saya berpendapat bahawa jika anda ingin terus menggunakan Kad Kredit, tabiat dibawah perlu dilakukan dengan penuh disiplin setiap bulan:
1) Hanya beli barang yang sangat-sangat diperlukan sahaja menggunakan Kad Kredit. Sebaiknya gunakan wang tunai dalam setiap pembelian. Jika tujuan utama anda adalah untuk mengumpulkan points, kini terdapat juga Kad Debit yang menawarkan pengumpulan points and penembusan ganjaran buat anda.
2) Bayar hutang Kad Kredit sepenuhnya sebelum tarikh akhir. Dan untuk memastikan anda dapat membayar penuh, pastikan anda mempunyai keyakinan tinggi bahawa anda ada wang yang cukup untuk membayar hutang Kad Kredit dihujung bulan. Ya, fikirkan sebelum membuat keputusan menggunakan Kad Kredit.
Bagi saya yang masih mempunyai satu Kad Kredit, saya akan pastikan saya terus konsisten dengan displin saya membayar hutang Kad Kredit saya sepenuhnya setiap bulan. Oh ya, jika 2 laptop sahaja yang melekat pada bil hutang Kad Kredit saya sebelum ini, jumaat lepas saya tambah lagi satu komitmen iaitu bayaran derma bulanan ke MAKNA. Saya menghadapi tekanan kerja yang amat maksima minggu lepas dan dengan geramnya saya pergi ke kaunter MAKNA dan terus sign up untuk derma bulanan dengan harapan Allah akan terus memberi kekuatan saya menghadapi pelbagai dugaan dengan bantuan yang tak seberapa ini.
Sebenarnya derma bulanan MAKNA boleh dibuat dengan Kad Kredit atau Akaun Simpanan. Saya memilih Kad Kredit kerana Akaun simpanan akan dikenakan caj RM1/bulan maknanya RM12/tahun. Adakah ini the wise decision? Em..saya pon tak pasti!!
Hidup tanpa kredit kad June 22, 2008
Posted by farrahaiza in Kad Kredit, Wise saying.2 comments
Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripada CNN, bertajuk Life Without Plastic. Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi.
Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebelum ini, saya mempunyai 2 KK iaitu dari Maybank dan Citibank. Sejak membaca tentang banyak buku-buku Personal Finance terutamanya buku Total Money Makeover, saya membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Kad Kredit. Untuk KK Citibank, saya buang terus pada bulan Mac 08. Tetapi Maybank masih berada di dalam dompet kerana komitmen membayar 2 laptop secara bulanan yang dibuat sebelum berjumpa buku TMM
Kalau ada duit pon tidak dibenarkan bayar habis. Tak pelik kan, sebab mesti bank dah buat keuntungan di situ walaupun katanya’ zero interest’.
Pengalaman menggunakan Kad Kredit tidak perit mana. Saya tak pernah kene interest bulanan tapi pernah kene 2 caj iaitu: Caj bayar lewat RM5 ( dua kali bermakna RM10) dan Caj kehilangan Kad Kredit RM50. Dulu saya nampak Kad Kredit sangat perlu, jadi apabila Kad tiada, saya sanggup dapatkan semula kad baru. Itupun memang kecuaian sebab kad sebenarnya tak hilang ada terselit kat celah-celah bahagian dalam kereta.Berapakah kerugian saya disitu? RM60!
Sejak tidak menggunakan Kad Kredit memang saya amat merasakan yang saya menjadi lebih Frugal ( berjimat cermat)! Awas, Frugal bukan bermaksud kita perlu menjadi ‘murah’. Suka sangat saya dengan The Art Frugal Living yang ditulis oleh J.D ini. Dengan membayar menggunakan wang tunai, saya merasakan perbelanjaan lebih terancang dan ini membolehkan saya membuat lebih pelaburan. Ingatkan dulu susah sangat berbelanja tanpa Kad Kredit, tapi sebenarnya mudah saja.
Teringat saya pada bulan April lepas, seorang agen Kad Kredit dari sebuah bank approach saya untuk menjadi pelanggannya. Dia tidak berjaya berceramah kerana mulut saya tak berhenti menceritakan bahaya Kad Kredit, lebih-lebih lagi bila saya tunjukkan buku TMM yang kebetulan ada di sebelah. Saya kata baikla awak ni jadi agen Unit Amanah, dapat bantu orang buat pelaburan untuk masa depan, bukan menjual plastik tersebut yang kononnya medium kecemasan tetapi sebenarnya membantu orang membuat hutang dan menghancurkan masa depan. Kesian brother tu, sorry eh brother. Tapi dia kata dia kagum dengar celoteh saya, macam seorang Certified Financial Planner eheh :p . Anyway brother.. itu memang goal saya..to be CFP. Tapi you pon memang cool la.
Sesetengah daripada individu merasakan at least one Kad Kredit perlu . Perlu macamana? Tepuk dada tanya selera! Di dalam artikel CNN tersebut, penulisnya Rosato juga berkongsi dengan kejayaan 10 keluarga yang berjaya hidup tanpa Kad Kredit. Mereka hebat. Saya juga tidak sabar untuk hidup tanpa plastik tersebut. hehe
Rosato membuat kesimpulan menarik:
So maybe living without plastic won’t make you thinner, more athletic and healthier. But there’s no doubt that giving up credit cards can go a long way toward helping you spend less and save more. Who doesn’t want that, especially today?
Bagaimana dengan anda? Sanggupkah anda hidup tanpa Kad Kredit? Jika sudah berjaya, kongsikan rahsia kejayaan tersebut!!
Lastly, a wise saying for you to ponder:
Strength and growth come only through continuous effort and struggle - Napoleon Hill
Kesan inflasi pada kuasa membeli June 12, 2008
Posted by farrahaiza in Inflation.2 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Harapnya anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Kini masuk minggu kedua kita semua menikmati kenaikan harga minyak sebanyak 40%. Saya kira kita semua sedang menyesuaikan diri dengan kedaan ini.
Seperti yang saya katakan minggu lepas, kenaikan harga minyak pasti mendorong kenaikan harga barang-barang pengguna yang lain. Mana tidaknya, bolehkah barang dihantar dengan lori yang tidak diisi minyak? Bolehkah bas atau teksi menghantar penumpang tanpa mengisi minyak? Lambat-laut, bahangnya makin terasa. Inflasi di ramalkan semula dari 2.5% hingga 3% kepada 4.2% tahun ini. Ini seperti yang dikatakan oleh Gavenor BNM.
She said the inflation rate was expected to average at 4.2% this year compared with the earlier forecast rate of between 2.5% and 3%. The country had recorded an inflation rate averaging 5.3% in 1998 following the Asian financial crisis.
Tahukah anda bahawa inflasi menyebabkan nilai wang kita susut? Dengan ini, kuasa membeli kita akan menurun! Katakan kadar purata inflasi adalah 4% setiap tahun. Dan jika sekarang anda sejumlah wang untuk membeli barang bernilai RM10,000, pada 5 tahun akan datang kuasa membeli RM10,000 menjadi RM12,167 dan jika dalam masa 10 tahun ia menjadi RM14,802! Ini bermakna jika anda berbelanja RM5,000 sebulan sekarang , anda memerlukan RM7,401 dalam masa 10 tahun lagi untuk menikmati gaya hidup kebiasaan anda.
Untuk pengetahun, kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah 3.6% dan 2% pada tahun 2007.
Apakah persiapan kita untuk menghadapi hari tua yang bakal menjelma? Dengan tidak melakukan sesuatu pada wang anda hari ini, anda sebenarnya menghadapi kerugian setiap tahun dek disebabkan kadar inflasi. Ya, wang anda menyusut nilainya! Jika anda menyimpan di dalam instrumen yang memberi pulangan 6% sedangkan kadar inflasi adalah 4%, anda hanya mendapat 2% pulangan! Rugikah anda? Dengan inflasi, anda memerlukan satu cara dimana wang anda bekerja keras untuk anda!
Melaburlah ke dalam unit amanah kerana ia bekerja lebih keras dari simpanan biasa yang lain. Ia bukan sahaja memberi pulangan yang sangat menggalakkan, tetapi anda akan menikmati faedah berikut:
1) Kepelbagaian/diversification. Kepelbagaian membantu mengurangkan risiko pelaburan.
3) Pengurusan dana professional. Anda tidak perlu menguruskan pelaburan anda kerana pengurus dana sepenuh masa menguruskan semuanya!
4) Tahap kecairan yang tinggi.
5) Faedah ‘dollar cost averaging’.
6) Caj perkhidmatan yang berpatutan. Jangan bimbang, semua caj tersebut dipantau selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Kebaikan dan keburukan disini.
Psst….sejak harga minyak baru diumumkan, harga unit menurun! Masa yang sesuai untuk melabur. Jom melabur! Usah berlengah lagi.
Berjimat cermat June 5, 2008
Posted by deman2k in Uncategorized.4 comments
Semalam telah diumumkan oleh PM berkenaan harga minyak yang naik. Bagi saya agak tinggi kerana pada awalnya saya hanya menjangkakan mungkin naik 30-40 sen sahaja. Tup2 sampai 72sen menjadikan harga petrol RM2.70. Setakat hari ini masih belum terasa bahang kenaikan kerana harga-harga barang masih belum naik secara mendadak. Namun tak pastilah lagi 2-3 hari.
Menteri KPDNHEP ada memberi hint bahawa mungkin menjelang Ogos, tiada lagi subsidi petrol menjadikan harga petrol menjangkau RM4. Satu perkembangan yang menarik. Sama-samalah kita nantikan apa kesannya.
Tetapi yang lebih penting buat masa sekarang, kita semua patut mula berjimat-cermat menghadapi sebarang kemungkinan. Perhatikan sekeliling kita, di pejabat, di rumah, di dalam perjalanan dan sebagainya cara-cara untuk mengelakkan pembaziran. Mungkin patut kurangkan makan diluar dan lebihkan masak sendiri. Idea membawa sarapan dan makan tengah hari dari rumah menarik, mungkin dapat menjimatkan hampir 30-40% belanja harian. Elakkan memandu kalau jarak dekat, mungkin inilah masanya untuk sedikit senaman dengan berjalan - disamping berjimat turut juga menyihatkan badan. Ingatkan anak2 untuk berjimat seperti air dan juga elektrik. Padam lampu yang tidak digunakan. Guna kipas/aircond sekiranya perlu. Kalau boleh ahli keluarga diwaktu malam berkumpul diruang yang sama untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Saya rasa banyak lagi cara untuk berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Mungkin pembaca dapat menambah cara-cara lain yang kreatif untuk berjimat/mengurangkan pembaziran.
Malam ini saya ada melawat 2 laman yang agak menarik berkenaan topik ini. Mungkin berguna kepada anda.
http://money.cnn.com/2008/05/16/pf/bottom_line.moneymag/index.htm?cnn=yes
Berbelanja dan melabur dengan bijak June 5, 2008
Posted by farrahaiza in Why invest.add a comment
Para pelabur,
Saya ada berita baik untuk anda! Public Mutual baru sahaja mengumumkan kadar dividen (distribution) untuk 8 dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2008. Baca berita terperincinya disini.
2 daripadanya adalah dana shariah di mana saya juga merupakan salah seorang pelaburnya. Pelaburan saya memperolehi kadar dividen seperti berikut:
Public Ittikal- 15.00 sen/unit
Public Islamic Equity-6.50 sen/unit
Saya akan kongsikan jumlah pulangan pelaburan saya akan datang. Alahai, mesti la hati berbunga. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi yang membuatkan sesetengah orang menjadi sesak dan risau. Kenaikan harga barang memang sudah dijangka dengan kenaikan harga petrol sebanyak 40% yang baru diumumkan semalam. Tak lama lagi, tarif elektrik baru pula akan diumumkan. Saya bukanlah pakar ekonomi, tapi sangat minat bidang tersebut, saya sangat yakin kadar inflasi akan meningkat dari kadar puratanya 3% sekarang. Inflasi akan menyebabkan kuasa membeli kita menurun. Jadi, apakah tindakan anda sebagai pengguna? Berbelanjalah dengan bijak dan melaburlah dengan bijak demi masa hapadan kita.
5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelabur unit amanah June 1, 2008
Posted by farrahaiza in Why invest.add a comment
Apa khabar? Sudah lama saya tak kemaskini BijakRinggit ini dek kerana kesibukan kerja pejabat dan kerja dapur . Sudahkah anda memulakan pelaburan anda? Tahniah jika anda sudah melabur! Yang belum melabur, bila lagi nak mula? Segera ubati penyakit suka bertangguh. Dari segala aspek bertangguh membawa masalah kepada kita. Secara mudahnya, solat pon kita tidak boleh bertangguh bukan?
Saya sedang membaca buku “How to make money in stocks“. Angan-angan kalau ada modal lebih nak main saham pulak suatu hari nanti :D. Apapon biar saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini, chapter 18 yang bertajuk “How you could make a million dollars owning mutual funds!“
5 kesilapan biasa yang dilakukan oleh para pelabur unit amanah:
1. Gagal untuk membiarkan pelaburan (sit tight) untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun. Tahukah anda kehilangan menikmati “the magic of compounding interest” jika melabur dalam jangka yang pendek.
2. Terlalu risau dengan servis caj pengurusan dana, turnover rate atau kadar dividen.
3. Terjejas dengan berita hangat di pasaran padahal anda melabur untuk jangkamasa panjang.Relaks dan berikan masa untuk keadaan pasaran pulih semula.
4. Menjual balik unit pelaburan ketika keadaan pasaran teruk.
5. Menjadi tidak sabar dan hilang keyakinan terlalu awal.
Fikirkan!
Law of Attraction May 24, 2008
Posted by farrahaiza in Books.Tags: Motivasi
1 comment so far
Saya baru selesai membaca buku Law of Attraction (LOA) yang ditulis oleh yang ditulis oleh Michael J. Losier. Buku ini sangat mudah untuk difahami dan menggunakan Bahasa Inggeris yang simple. Saya meminjamnya daripada seorang kawan baik yang suka berkongsi rahsia kejayaan dan juga pahit manis dalam menempuhi kehidupan harian. Sungguh selesa sekali bila kita mempunyai kawan untuk berkongsi segalanya bukan?
Mungkin Law of Attraction bukan topik baru kepada anda. Tapi ianya merupakan topik baru kepada saya. Namun tanpa saya sedari,LOA sebenarnya telah lama kita amalkan ldan ketahui lebih-lebih lagi ianya terkandung di dalam Al-Quran. Sedikit sebanyak ianya berkaitan dengan buku “Don’t be sad/La Tahzan” yang saya baca tahun lepas.
Definasi LOA:
” I attract to my life whatever I give my attention, energy dan focus to, whether positive or negative” “
Ia bermaksud saya menarik ke dalam kehidupan saya apa sahaja yang saya beri tumpuan, fokus dan tenaga. Kita sebenarnya menarik kedalam kehidupan kita apa yang kita fikirkan samada ianya positif atau negatif. Bermula dari pemikiran, ianya akan membawa kepada kepercayaan dan seterusnya kepada action.
Bagaimana LOA berfungsi?
Buku ini menerangkan 3 cara untuk menjadikan LOA berfungsi dalam kehidupan anda:
1) Kenalpasti matlamat anda
Tidak ramai yang mengetahui apakah matlamat yang mereka kehendaki, tetapi mengetahui apakah yang mereka tidak mahu. LOA mencadangkan supaya kita menumpukan kepada matlamat yang anda mahu. Sebagai contoh, tukarkan ayat ” saya tidak mahu lambat sampai ke pejabat” kepada ” saya akan sampai ke pejabat tepat pada masanya”. Dengan menggunakan ayat positif, membantu manifestasi dan usaha anda ke arah matlamat tersebut.
2) Berikan tumpuan, tenaga dan perhatian kepada matlamat anda
” Giving attention, increases vibration. Law of Attraction responds to how you feel about what you say and how how you feel about what you think”
Gunakan ‘positive affirmation’ untuk meningkatkan positif vibration kedalam diri anda. Sebagai contoh ” Saya dalam proses menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” atau ” Saya dalam proses meningkatkan pendapatan pasif saya berjumlah RM50,000 dalam masa 1 tahun”
3) Berikan peluang kepada matlamat tersebut!
” Allowing is the absence of negative vibration”
Berikan ‘allowing statement’ kepada setiap keraguan yang anda hadapi dalam mengejar matlamat anda. Sebagai contoh:
“Tidak mungkin saya dapat membuat perniagaan ketika berumur 50 tahun! Sudah terlewat.”
Tanya semula diri anda” adakah terdapat orang yang berjaya membuat perniagaan ketika berumur 50 tahun?” Sudah tentu jawapannya “Ya!” . Jadi cipta “allowing statement’ kepada kebenaran tersebut. Sebagai contoh ” Jika Colonel Sanders, founder of KFC memulakan perniagaan franchisenya ketika berumur 62 tahun ( ada yang mengatakan ketika berumur 65 tahun) dan kini telah berjaya, mengapa tidak saya?”.
Terdapat 2 cara yang sangat menarik perhatian saya dalam mengaplikasikan LOA dari buku ini iaitu:
1) Book of Proof
Tuliskan segala bukti yang menunjukkan bahawa kehidupan anda ini indah dan mewah supaya ianya membuat anda excited memburu matlamat anda. Tuliskan tarikh dan bukti tersebut di dalam Book of Proof. Contoh 22/5/08. Bukti yang saya jumpai hari ini:1) Rakan sekerja belanja makan tengahari 2) Saya mendapat parking percuma dll. Jika ada kawan yang ingin belanja anda , katakan saja ‘Terima kasih!’. Begitulah indahnya dunia kehidupan kita ,ada masa kita memberi ada masa kita merasa.
2) Attraction Box
Kumpulkan segala benda yang boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dan letakkan ke dalam satu kotak ajaib yang kita namakan “Attraction Box”. Saya sudah ada “Attraction box” yang berbentuk fizikal (clear folder) dan bukan fizikal (thumdrive) di mana didalamnya telah saya himpunkan banyak kisah-kisah kejayaan wanita dalam dunia perniagaan dan dunia penyusuan bayi.
Secara peribadi saya menganggap LOA sangat berkesan dan menghasilkan kejayaan. Melalui LOA yang saya ciptakan 2 tahun yang lepas untuk salah satu matlamat saya iaitu ” Saya akan menyusukan anak saya sehingga 2 tahun”, kini saya telah berjaya. Walau susah payah atau sibuk mana juga saya, saya telahberusaha untuk memastikan saya dapat menyusukan bayi saya sehingga 2 tahun! Kini permata hatiku telah berumur 2 tahun 2 bulan dan masih menyusu badan.
Akhir kata, selamat menonton video klip ini dan ciptakan lebih banyak ‘positive affirmation‘ kedalam diri kita supaya kita mencapai kejayaan!
Bacaan lain: StevePavlina
Seminar T Harv Eker di Malaysia May 22, 2008
Posted by farrahaiza in Uncategorized.Tags: Seminar
add a comment
Saya sebenarnya lambat tahu mengenainya. Sayang sekali. Seminar tersebut akan bermula esok iaitu dijalankan pada 23-25 Mei 2008. Mengikut peminat-peminat T Harv Eker yang pernah menghadiri seminar tersebut mengatakan seminar tersebut sangat berguna dan memberi kesan yang mendalam kepada mereka.
Jika anda berminat, seminar seterusnya akan diadakan di Singapura. Jadi, peminat beliau yang berada di Singapura, jangan lepaskan peluang ini! Maklumat lanjut disini.













